ads

Rabu, 5 Mac 2014

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Panas: Pasangan Guru KAFA Di Tangkap Khalwat <b>Di Jerantut</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2014 07:03 PM PST


KUANTAN - Beberapa tahun yang lalu, PDO ada melaporkan kes tangkapan khalwat yang melibatkan Pegawai Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Kes tersebut kini telah selesai apabila pasangan terbabit dikatakan telah berumahtangga, biar pun terpaksa meninggalkan jawatan yang disandangnya di pejabat MUIP di Pekan. 

Tragedi memalukan kini berlaku kembali dan ia melibatkan pasangan guru Kelas Agama Dan Fardhu Ain (KAFA) di Jerantut baru-baru ini. Difahamkan, kes tangkapan kali ini lebih mengejutkan kerana ia melibatkan seorang Ustaz dan Ustazah. Laporan lanjut menyusul dan kami akan cuba dapatkan maklumat terkini daripada pihak yang berkenaan. 

Appaun, kejadian ini sungguh memalukan dan memang tidak sepatutnya terjadi di bumi Pahang ini. Tambahan pula apabila melibatkan orang agama. Mereka diharapkan mendidik dan menjaga generasi muda Islam, tetapi mereka akhirnya melanggar syariat Islam itu sendiri. Laporan lanjut menyusul. pdonews

** Foto sekadar hiasan artikel

Buruh Ditahan Bersama Heroin Bernilai RM15,000 <b>Di Jerantut</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 06:47 AM PST

KUANTAN -  Seorang buruh yang dipercayai pengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Perumahan Awam Kos Rendah Mat Kilau, Jerantut pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata serbuan pada pukul 8.59 pagi yang diketuai Insp Abang Annuar Abang Kaderi itu turut berjaya merampas dadah heroin dianggarkan bernilai RM15,000.
Katanya suspek yang berusia 43 tahun itu diberkas di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dan hasil pemeriksaan polis menemui satu tiub heroin seberat 1.6 gram di dalam genggaman tangan kirinya.
"Pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek turut menemui tujuh paket dadah jenis sama seberat 176 gram di dalam kabinet televisyen di ruang tamu rumah," katanya ketika dihubungi.

Azid berkata siasatan awal mendapati suspek yang positif dadah itu mempunyai enam rekod jenayah lampau dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved