ads

Sabtu, 29 Mac 2014

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Empat Di Tahan, "Bunuh Rakan Sekampung" <b>Di Jerantut</b> <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2014 06:53 AM PDT


JERANTUT - Empat lelaki diberkas polis malam tadi dipercayai terbabit dalam pergaduhan menyebabkan seorang rakan sekampung mereka terbunuh.    Mangsa, Mohd Sabri Yazid, 33, bekerja sendiri dan menetap di Felda Padang Piol di Jerantut disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh pada 7 malam semalam.  

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata selepas menerima laporan daripada adik mangsa, polis bergegas ke rumah suspek dan manahan mereka kira-kira 9 malam tadi.    "Siasatan awal mendapati hanya seorang sahaja suspek, yang berusia 20 tahun, terlibat dalam pergaduhan itu sementara tiga lagi lelaki hanya ditahan bagi membantu siasatan.

"Polis juga percaya suspek yang positif dadah itu turut berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian," katanya kepada Bernama hari ini.Azid berkata sebelum kejadian itu kira-kira pukul 3 pagi, mangsa bersama empat rakannya termasuk suspek ke Taman ICT di bandar ini dari rumah mereka dengan menaiki sebuah kereta.

Beliau berkata tiba-tiba mangsa dan suspek bertekak dan bergaduh apabila mangsa meminta suspek membaiki keretanya yang mengalami kerosakan semasa dipinjam suspek.    "Suspek yang tidak berpuas hati dengan permintaan mangsa itu tiba-tiba menjadi agresif lalu menumbuk dan menendang mangsa di kepala dan badan.    "Mangsa dibelasah teruk sebelum terjatuh ke dalam longkang di situ menyebabkannya tidak sedarkan diri," katanya.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Jerantut sebelum dibawa ke Hoshas dan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepalanya.   
 Bagaimanapun katanya, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat yang dijangka siap petang ini.    "Kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya.    -Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved