06 di kuala lipis - Google Blog Search |
asal usul nama kampung budu, benta, <b>kuala lipis</b> <b>...</b> - aku anak pahang Posted: 15 Feb 2014 06:06 AM PST Mukim Budu merupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini. Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg Chat, Kg Tualang Padang, Kg Peruang dan Kg Terap. Budu adalah sebuah kampung di antara Tanjung Besar dengan Kemahang, Mukim Budu teletak di daerah Benta, Kuala Lipis. Asal usul nama BUDU Oleh kerana Tok Batin Budu menolak permintaan orang-orang itu maka satu perbalahan telah berlaku, dimana ramai orang-orang asli dibunuh. Mayat mereka dibuang ke dalam sebuah sungai. Sebab itu sungai tersebut di panggil Sungai Mangkai (Bangkai). Apabila orang-orang Asli yang membuka kawasan itu telah ramai yang mati dan yang masih hidup juga meningggalkan tempat itu maka ianya mula didiami oleh orang-orang yang sememangnya berhajatkan tempat itu. Oleh kerana kawasan tersebut masih belum ada nama lagi lalu ianya diberikan nama Kampung Batin Budu kerana mengikuti nama ketua orang asli (Tok Batin) yang diperangi mereka. Sesudahnya nama Batin Budu hilang dan dan tinggal 'BUDU'sahaja. Maka akhirnya lekatlah nama kampung itu sebagai Kampung Budu. Setelah itu, Sungai Mangkai telah diubah kepada Sungai Budu. Apabila Kampung Budu dan kawasan sekitarnya menjadi sebuah mukim, maka mukim itu disebut mukim Budu. Dahulunya Kampung Budu telah ditadbirkan oleh Orang Kaya Setia Wangsa Lipis. AAP- 'Budu' disini tidak bermaksud BUDU yang terdapat di Kelantan iaitu sejenis makanan tradisional orang Kelantan. Kalau di Pahang budu lebih dikenali atau disebut PEDE. Wassalam, Wa'allahhualam. ![]() |
You are subscribed to email updates from di kuala lipis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen