ads

Jumaat, 7 Mac 2014

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


Pelajar Tingkatan Dua Mati Lemas <b>Di Kuala Lipis</b> Semalam <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 06:40 PM PST

KUALA LIPIS - Kegembiraan enam rakan mandi di Sungai Lipis berhampiran jambatan Kampung Binjai, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui mati lemas, pagi semalam.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Muhammad Hazwan Sallehuddin, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Agama Al Attas, Pekan lemas ketika mandi di sungai berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa bersama lima yang lain bermain bola di kawasan berhampiran sebelum seorang daripada mereka mengajak untuk mandi sungai.

"Mangsa pulang ke rumah dahulu sebelum datang beberapa minit kemudian untuk menyertai rakan-rakannya mandi sungai," katanya.

Abdul Razak berkata, Muhammad Hazwan cuba menyeberang sungai untuk ke tempat rakannya mandi di bahagian tengah sungai namun mangsa dihanyutkan arus deras.

Menurutnya, rakan cuba membantu menyelamatkan mangsa tetapi gagal sebelum bertindak memanggil orang kampung.

"Beberapa penduduk yang datang membantu mencari Muhammad Hazwan dan berjaya menemuinya kira-kira 100 meter dari lokasi awal dia dibawa arus.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved