06 di kuala rompin - Google Blog Search |
teknologi selular dan liputan 2g, 3g, 4g <b>di kuala rompin</b> pahang Posted: 12 Jan 2014 09:26 AM PST Assalamualaikum WBR SE masih baru dalam kajian rangkaian ini, tapi antara pemahaman yang boleh dikongsikan, SE senaraikan dalam bahasa yang ringkas untuk difahami. Mula-mula kena memahami generasi keturunan :
* Teknologi Selular adalah berdasarkan piawaian antarabangsa adakalanya berbeza ukuran semasa implementasi di Asia / Eropah. Saiz Mbps juga bergantung kepada berapa banyak capaian pengguna berkongsi kepada 1 menara pencawang. Peningkatan teknologi berkadaran peningkatan gunaan sumber bateri telefon bimbit. Maklumat dikumpul pada Januari 2014. Susunan hierarki generasi Teknologi Selular. Kapasiti kandungan generasi teknologi selular. Generasi 2 memiliki ciri CSD – pindahan data 14.4Kbps. Kemampuannya mengirim khidmat pesanan teks ringkas akan tetapi ciri CSD dalam 2G tidak mampu berhubung secara internet kecuali 2.5G. GPRS (General Packet Radio Service) adalah teknologi yang membenar GSM lancarkan perkhidmatan tanpa wayar seperti emel dan akses internet. GPRS adalah 2.5G. HSDPA (High Speed Downlink Packet Access) atau 3.5G adalah spectrum protocol telekomunikasi bimbit 3G yang dipertingkatkan di dalam HSPA (High Speed Packet Access). Juga dikenali sebagai 3.5G, 3G+ atau 3G Turbo yang membenarkan rangkaian berasaskan UMTS (Universal Mobile Telecommunication System) atau UMTS/WCDMA untuk penghantaran data kelajuan tinggi. 3G ringkasan kepada Third Generation – teknologi telekomunikasi bimbit yang ketiga. 3G menyokong pindahan data paling rendah 200KB/saat. Selepas 3G, lahirlah 3.5G, 3.75G. Aplikasi 3G digunakan pada telefon, Internet Mobil, Rangkaian tanpa wayar, telefon video dan TV bergerak. 3G memenuhi syarat International Mobile Telecommunications-2000 (IMT-2000). Syarikat Penyedia Telekomunikasi memanggil Perkhidmatan Bergerak Tanpa Wayar sebagai 3G. UMTS (piawaian sebutan di Eropah, China dan Jepun) dan di Asia sebagai GSM. Telefon bimbit selalunya didatangkan menepati rangkaian UMTS dan GSM. UMTS terkini adalah HSPA+ yang membenarkan data setingi 56Mbit/saat untuk pindahturun (28Mbit/saat perkhidmatan sediaada) dan 22 Mbits/saat untuk pindahnaik data.
Dicipta oleh 3GPP (3rd Generation Partnership Project). Perkhidmatan LTE pertama kali dilancarkan oleh Telia Sonera di Stockholm pada 14 Disember 2009. LTE adalah peningkatan taraf bagi rangkaian GSM/UMTS dan CDMA2000. CONTOH LIPUTAN SELULAR TELEKOMUNIKASI DI KUALA ROMPIN, PAHANG LIPUTAN 2.5G (GPRS) / 3G (EDGE) / 3.5G (HSDPA) TALIAN CELCOM.LIPUTAN KLIK SINI. Liputan yang dipaparkan dikategorikan secara berkelompok (tertinggi @ mungkin terendah - kurang tepat kerana paparan isyarat berkelompok. Liputan kawasan dikemaskini setiap suku tahun). LIPUTAN 3.5G (HSDPA) / 3G (EDGE) TALIAN MAXIS. LIPUTAN KLIK SINI. Contoh komplen MAXIS.Liputan Maxis yang dipaparkan agak mengelirukan. LIPUTAN 2G / 2.5G (GSM/GPRS) TALIAN DIGI. LIPUTAN KLIK SINI LIPUTAN 3G (EDGE) DIGI. Liputan ini merangkumi 3.5G( HSDPA/HSPA) dan telah diuji dengan Pelan DIGI Prepaid Smart Plan. LIPUTAN KLIK SINI. UMobile hanya mempunyai liputan 2G/GSM di Kuala Rompin. LIPUTAN KLIK SINI. Bagi tanda isyarat penerimaan telefon bimbit kepada menara pencawang terdekat, kebiasaannya : 2G/GSM = TIADA SEBARANG SIMBOL, RUJUK KEKUATAN BAR SIGNAL, EDGE/GPRS = Simbol E@G , |
You are subscribed to email updates from di kuala rompin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen