Kali ini "Group" Kembara Jalur Lebar meneruskan lagi ekspedisi kembara ke Negeri Pahang Darul Makmur.Kali ini kembara meneruskan aktiviti Jalur Lebar di Felda Lurah Bilut yang terletak di daerah Bentong.Felda Lurah Bilut ini merupakan rancangan Felda pertama dibuka di Malaysia dan juga dunia.Pusat internet 1 Malaysia di Felda Lurah Bilut ini juga baru beroperasi pada bulan januari 2013 merupakan pusat internet yang baru dibina di kawasan ini.Pada hari Kembara Jalur Lebar terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan khas untuk warga Felda Lurah Bilut antaranya Kuiz ICT,Sukaneka dan sebagainya.Program Jalur Lebar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh warga felda.Seawal jam 9.30 pagi pengunjung sudah pun mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan no cabutan bertuah da juga sedikit saguhati dari pihak penaja.Majlis perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Encik Zainal Abidin Bin Mohd Ariff merupakan Pengurus Felda Lurah Bilut.Majlis berakhir dengan jayanya pada jam 5.30 petang.Di bawah merupakan ringkasan bagi program Jalur Lebar di Felda Lurah Bilut …
Lokasi Program : Perkarangan Pusat Internet 1 Malaysia
Masa Program : 09.30pagi – 5.30petang
Kedatangan : 109 orang
Ahli Baru Mendaftar : 37 orang
SENARAI VIP
- Encik Zainal Abidin Bin Mohd Ariff
Pengurus Felda Lurah Bilut
- Encik Nazaruddin Bin Abu Bakar
Wakil TM
- Tuan Haji Kamaruddin Bin Mat Doaa
Pengerusi JKKK Kg Felda Lurah Bilut
- Ustaz Muhammad Shahrul Bin Anuar
Pembaca Doa
SENARAI AKTIVITI KEMBARA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA
|Sukaneka|Pertandingan Mewarna Online|Pertandingan Gubahan Lipatan Tuala|
|Pertandingan Memasak Kek Gula Hangus|Kuiz ICT|
….




0 ulasan:
Catat Ulasan