ads

Khamis, 6 Mac 2014

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


KedahLanie.info: Bila la nak perbaiki ESKALATOR <b>di PEKAN</b> RABU <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2014 04:40 PM PST

Berpeluh panjat eskalator rosak
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: February 26, 2014 ALOR SETAR - Pengguna eskalator di jejantas pejalan kaki, Jalan Tunku Ibrahim, dekat sini, terpaksa berpeluh apabila kemudahan terbabit rosak semula sejak sebulan lalu.

Tinjauan Sinar Harian ke jejantas penjalan kaki menghubungkan Hentian Bas Pekan Rabu ke Kompleks Perniagaan Pekan Rabu mendapati orang awam terpaksa mendaki anak tangga.

Rahmat Salam, 40, berkata, kerosakan eskalator berkenaan sememangnya memenatkan sekali gus menyusahkan orang ramai khususnya warga emas.
"Nampaknya eskalator diharapkan memudahkan urusan orang awam tidak berfungsi malah bagaikan hiasan semata-mata apabila penjalan kaki berpenat lelah memanjat anak tangga untuk menyeberangi jalan.

"Bayangkan warga emas terpaksa mendaki satu demi satu anak tangga. Saya kasihan melihat keadaan mereka. Jalan kejap, berhenti sekejap," katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Athirah Hashim, 25, meskipun mampu mengancam nyawa namun penjalan kaki bertindak melintas sesuka hati di bawah jejantas kerana enggan bersusah payah memanjat anak tangga berkenaan.

Katanya, mereka memohon pihak bertanggungjawab supaya membantu membaiki kerosakan segera supaya tangga terbabit berfungsi semula.
Bagaimanapun, seorang peniaga berhampiran mendakwa eskalator terbabit mulai rosak apabila sekeping besi pada bahagian tangga terbabit dicuri individu tidak bertanggungjawab.

"Sebelum ini, eskalator itu tidak bermasalah. Sejak ada benda dipercayai hilang, ia tidak dapat digunakan lagi. Jadi mungkin ambil masa untuk baikinya," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian gagal menghubungi wakil Koperasi Pekan Rabu untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara terbabit kerana panggilan tidak dijawab.

Najib ziarah dua anggota UMNO yang terlantar sakit <b>di Pekan</b> <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2014 01:40 PM PST

ZIARAH: Najib ketawa ketika bergurau dengan sahabat lamanya Mohamed Taib Ibrahim, 76, (berkerusi roda) yang diserang 'Strok Saraf' semasa melawat di Kampung Jambu selepas majlis penyampaian BR1M 3.0 Parlimen Pekan, di Pekan, semalam. — Gambar Bernama

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menziarahi dua bekas anggota UMNO yang terlantar sakit di sini.

Najib yang diiringi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob melawat bekas ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan Termizi Tahir, 60, yang menghidap penyakit darah tinggi sejak dua bulan lalu di Jalan Rompin Lama dekat sini.

Beliau kemudian melawat bekas anggota jawatankuasa UMNO cawangan Kampung Jambu di sini, Mohamed Taib Ibrahim, 76, yang terlantar sakit selepas diserang angin ahmar selain menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Mohamed Taib tidak mampu bergerak sendiri sejak bulan lepas.

Pesara guru yang aktif dalam UMNO sejak 1956 itu berkata, beliau memang berhasrat untuk menemui pemimpin negara yang disanjunginya itu dan terharu di atas kunjungannya.

"Saya mengenali Perdana Menteri sejak beliau berusia 10 tahun dan amat rapat dengan bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein) ketika aktif dalam politik dahulu.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang berusaha meluangkan masa menziarahi saya walaupun beliau sangat sibuk dalam hal pentadbiran negara," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Najib.

Mohamed Taib berkata sikap Najib sama seperti Almarhum Tun Razak kerana sentiasa bersedia mendengar masalah rakyat.

"Perdana Menteri setanding bapanya dalam urusan mentadbir negara selain itu beliau juga dilihat sering mendekatkan diri dengan rakyat," katanya. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved