ads

Khamis, 13 Mac 2014

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


FLASHMOB TURUN <b>DI PEKAN</b> RABU KEDAH... EH, ZAMAN PAS <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2014 12:48 AM PST


Kalau dah jenis bodoh, bodoh sahajalah makanan mereka sehari-hari. Dan bodoh jugalah yang dihidangkan kepada orang lain, terutama kepada para penyokong sendiri.

Selepas menyerang dan menuduh Tun Dr. Mahathir mahu menggulingkan Najib Abdul Razak, PKR menerusi SAMM dan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kedah, cuba mengadakan demonstrasi besar di hadapan Pasar Rabu Alor Setar mengambil kesempatan daripada cuti umum dan kepulangan warga kota ke kampung halaman.

Malangnya, demonstrasi besar yang diharapkan akan berlaku, hanya mampu bersifat perhimpunan budak-budak biol yang kebanyakan daripada mereka menutup kebiolan mereka dengan kopiah putih dan janggut sejemput.

PAS Kedah seperti yang diketahui, sedang berusaha untuk mengambilalih semula negeri Kedah dari tangan UMNO selepas mereka tewas pada PRU13 yang lalu. Pelbagai isu telah diutarakan untuk memalukan Mukhriz Mahathir termasuklah menyerang Menteri Besar Kedah yang baru itu menerusi isu-isu pembalakan dan penukaran status tanah selain KTPC dan KUIN walaupun kesemua isu-isu yang dibangkitkan oleh PAS Kedah sekarang ini merupakan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh UMNO semasa PAS masih menjadi Kerajaan Negeri Kedah.

Bahkan PAS Kedahlah sebenarnya yang mewujudkan masalah tersebut dan sekarang, ia diwarisi oleh Mukhriz Mahathir untuk diselesaikan.

Antara yang turut serta dalam perhimpunan TURUN di pekarangan Pekan Rabu sebentar tadi adalah Nasir Mustapha, penganut tegar Syiah yang merupakan Ketua Pemuda PAS Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Kubang Rotan, Ahmad Izzat Shauki yang merupakan Ketua Pemuda PAS Pokok Sena, Rosli Azmi yang merupakan Exco Dewan Pemuda PAS Kedah dan Romani Wan Salin yang merupakan ADUN Bukit Pinang.

Sama ada Nasir Mustapha ini seorang yang bodoh, bahlol atau kerana terlalu banyak sangat mentekedaghah doktrin Syiah, zaman PAS memerintah Kedah dengan dia sendiri sebagai salah seorang Eco, tidak pula dia merungut walaupun PAS pada ketika itu telah menaikkan pelbagai jenis yuran dan bayaran di seluruh Kedah.

Tentu ramai yang masih ingat, pada penghujung pentadbiran PAS di Kedah, PAS bercadang untuk menaikkan cukai tanah di Sungai Petani, Kulim-Bandar Baru dan Kota Setar berbanding kadar sedia ada. Pada ketika itu tidak pula dinyatakan bahawa kenaikan itu akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain dan menyusahkan rakyat kerana terpaksa menelan kenaikan kos sara hidup?

Sekarang, selepas PAS hilang kuasa dari Kedah, baru nak kata sebarang keaikan terutama sekali kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan rakyat bertambah miskin?

Orang Kedah miskin?

Orang Kedah takkan miskin sebaliknya kalau ada yang miskin itu merupakan kerana kemalasan mereka sendiri. Terlalu banyak peluang di Kedah bagi sesiapa sahaja yang rajin dan mahu mengubah hidup tanpa berpangku tangan, berdoa dan kemudian lebam-lebam dahi bermunajat tapi langsung tidak menggerakkan tulang-belulang sendiri untuk bekerja dan mencari nafkah atau menambahkan pendapatan.

Kesian... berbanding bekerja keras, para penganut fahaman Pakatan Rakyat lebih senang berdemonstrasi di tepi jalan dan mengganggu orang lain mencari rezeki di sana!!!

Itulah Pakatan Rakyat... masa mereka diberikan tanggungjawab, bukan kerja yang mereka buat tapi asyik-asyik berkempen dan berceramah tapi bila hilang kuasa pulak, mereka asyik nak berdemonstrasi. Tak dapat ramai, dapat 60 orang macam di Pekan Rabu pun, jadilah. Janji dapat demonstrasi!!!

Patut juga bertanya, Pakatan Rakyat ni bila sebenarnya nak bekerja untuk rakyat berbanding meminta rakyat bekerja untuk mereka?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved