ads

Selasa, 25 Mac 2014

06 di penor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di penor - Google Blog Search


lebih 10 kenderaan terbabit kemalangan <b>di</b> jalan kuantan-pekan <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2014 09:35 PM PDT



KUANTAN - Lebih 10 kenderaan terbabit kemalangan berikutan asap tebal disebabkan kebakaran hutan di Jalan Kuantan-Pekan dekat sini hari ini.

Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohd Najlis Wan Ismail berkata kemalangan pukul 3 petang itu menyebabkan lalu lintas di situ terpaksa ditutup beberapa jam.
Katanya api di dalam hutan di kawasan Penor tiba-tiba marak dan merebak sehingga ke tepi jalan raya pada 12 tengah hari.

"Selain itu, faktor cuaca kering dan panas serta angin kencang menyebabkan asap tebal menyelubungi jalan raya sekali gus menyukarkan pandangan pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan berlaku namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya kepada Bernama di sini.
Bagaimanapun kebakaran itu dapat dikawal dengan kekuatan 49 anggota bomba bersama empat jentera dan jalan dibuka semula pada 6 petang tadi dengan kawalan polis trafik.

Sementara itu, Mohd Najlis berkata semua balai bomba di negeri Pahang diarah beroperasi 24 jam untuk mengawal kebakaran terbuka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved