ads

Khamis, 6 Mac 2014

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


Kerajaan Di Minta Bina 6,000 Rumah Mampu Milik <b>Di Raub</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 05:01 AM PST

RAUB - Sekurang-kurangnya 5,000 hingga 6,000 buah rumah mampu milik perlu dibina di daerah ini bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya belia yang sudah berkeluarga untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Ketua Umno Bahagian, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, masalah pemilikan rumah kediaman menjadi isu bagi golongan muda yang berkeluarga di daerah ini, malah isu terbabit telah dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu.

"Kerana isu itu, diharap projek perumahan mampu milik akan dapat dilaksanakan dengan segera oleh kerajaan bagi membolehkan golongan yang disasarkan itu memiliki rumah sendiri," katanya.

Tambahnya, daerah ini yang kian pesat membangun khususnya dengan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), institusi pendidikan, kilang serta pengusaha perniagaan dan pelancongan sekali gus menjadi tumpuan untuk penempatan.

"Pemaju perumahan digalak membangunkan projek perumahan awam di daerah ini kerana mereka mampu dari segi kewangan selain mempunyai kemudahan memperoleh tapak bersesuaian.

Shahiruddin berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT), pemaju perumahan dan institusi kewangan juga harus bekerjasama dan mencari alternatif terbaik bagi membantu golongan belia khususnya memiliki kediaman sendiri.

Beliau menegaskan, daerah ini masih lagi mempunyai kawasan tanah yang boleh dibangunkan dengan projek perumahan.

Tambahan pula katanya, golongan belia dan sasar kini sudah mampu untuk membayar rumah mampu milik kerana sebahagian besar mereka sudah memperoleh pendapatan tetap.

"Kajian dibuat Umno Bahagian mendapati kadar pendapatan golongan belia dan sasar daerah ini melebihi empat angka dan mampu untuk buat bayaran jika mereka diberi peluang memiliki rumah tersebut," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved