ads

Khamis, 27 Mac 2014

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


JoranPancing: Jom memancing bersama Kumpulan Jambu <b>di Raub</b>

Posted: 25 Mar 2014 12:22 AM PDT

Sila klik flyer diatas untuk melihat paparan info pertandingan berskala besar.

CCTV RAKAM SAMUN SIANG HARI <b>DI RAUB</b> | PORTAL PAHANGKU

Posted: 07 Mar 2014 02:30 AM PST

CCTV merakamkan suspek yang berlari keluar menerkam mangsa 
dengan bersenjatakan parang dan pelepah sawit.
Raub - Dua mangsa berhadapan detik cemas apabila didatangi empat lelaki tidak bertopeng bersama dua bilah parang dan dua pelepah sawit yang dijadikan senjata dalam kejadian di sebuah premis perniagaan timbang sawit dan getah, di sini sekitar jam 8.45 pagi isnin lalu.
Bagaimanapun, tindakan empat lelaki terbabit telah berjaya dirakam oleh rakaman litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis yang terletak di tepi jalan utama itu.
Dalam rakaman terbabit jelas menunjukkan bagaimana dua dari empat penyamun terbabit yang dianggarkan berusia sekitar 20an berlari keluar dari sebuah ladang sawit menuju ke arah mangsa, Low Kat Siong, 29, yang ketika itu baru sahaja tiba di premis terbabit untuk memulakan perniagaan.
Low Kat Siong yang masih berada di keretanya telah diterkam seorang lelaki berparang lalu diikat tangannya dengan menggunakan wayar dan tali yang ada bersebelahan kabin pejabat mereka bersama seorang pekerja Indonesia yang hanya dikenali sebagai Mahendra yang turut berada di situ.
Selepas itu, suspek telah membawa Low Kat Seong ke keretanya lalau menggeledah kereta terbabit.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, hasil penggeledahan tersebut, suspek berjaya memperoleh wang tunai bernilai RM7,000 milik mangsa yang digunakan untuk berniaga.
"Suspek turut mengambil telefon pintar jenis Samsung Note berwarna hitam dan telefon jenis Nokia berwarna putih, berserta seutas rantai emas," katanya.
Tidak lama kemudian menurutnya, datang seorang lagi mangsa yang merupakan kerani premis terbabit, Wong Sheue Loon, 25. Suspek turut menghampiri mangsa dan terus membawanya masuk ke dalam kabin terbabit lalu diikat.
"Suspek turut mengambil seutas rantai, seutas gelang dan wang tunai bernilai sekitar RM300 daripada mangsa lalu melarikan diri menaiki sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya," katanya.
Sebelum melarikan diri, suspek sempat mengambil dua kunci kereta milik Low Kat Siong dan Wong Sheue Loon. Sebaik suspek melarikan diri, kesemua mangsa cuba meleraikan ikatan masing-masing lalu berlari ke arah jalan utama.
Mangsa kemudiannya menahan sebuah kereta awam lalu membawa mereka menuju ke Balai Polis Cheroh bagi membuat laporan berkaitan kejadian. Kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Wan Mohd Samsudin berkata, kerugian keseluruhan dianggarkan sekitar RM15,000 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian di minta tampil untuk membantu siasatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved