ads

Selasa, 11 Mac 2014

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


[ Berita ] Perompak Ditembak Tuan Rumah <b>Di Rompin</b> ~ Perihal <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2014 06:51 AM PST

Rompin - "Sebaik isteri mengelak daripada ditikam dengan pisau, saya terus memintanya mengambil senapang patah diletak berhampiran.

"Penjenayah terkejut dan terus melarikan diri, namun saya sempat melepaskan dua das tembakan ke arah mereka, tetapi tidak pasti sama ada ia mengenai sasaran atau sebaliknya," kata Mohd Azli Abdullah, 55, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi pada 17 Februari lalu, kediaman Mohd Azli di Kampung Pianggu, Tanjung Gemuk diceroboh empat lelaki warga asing ketika mereka sekeluarga sedang tidur.

Penjenayah menceroboh rumah berkenaan selepas mengumpil tingkap dapur. Menurut Mohd Azli yang juga Ketua Kampung Pianggu, penjenayah kemudian memecahkan pintu bilik anak perempuannya, Norazira, 23, menggunakan tong gas.

"Sebaik memecah masuk bilik Norazira, penjenayah mengikat tangannya menggunakan getah paip kecil sebelum mengarahkan dia mengejutkan saya serta isteri yang tidur di bilik sebelah.

"Sebaik membuka pintu bilik, saya lihat seorang daripada penjenayah mengacu pisau di leher Norazira.

"Penjenayah mengarahkan kami tidak melawan serta menyerahkan wang tunai serta barangan kemas. Pada masa sama, isteri menahan pintu bilik bagi memastikan penjenayah tidak dapat masuk ke dalam," katanya.

Penjenayah yang berang kemudian cuba menikam isteri dengan pisau, namun sempat dielak.

Mohd Azli kemudian meminta isteri mengambil senapang yang diletak tidak jauh dari situ.

Sumber : hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved