ads

Khamis, 13 Mac 2014

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


tiga penyu mati tedampar <b>di</b> pantai <b>rompin</b> - portal pahangku - Blogger

Posted: 06 Mar 2014 02:30 AM PST

Rompin – Tiga ekor penyu ditemui mati terdampar di Pantai Hiburan, Kuala Rompin, di sini, oleh seorang penduduk yang balik dari memukat pada petang Isnin lalu.
Bagaimanapun, ketika wartawan di bawa lokasi penemuan bangkai penyu tersebut pada pagi Selasa lalu, hanya seekor yang tinggal dan dua lagi telah hilang kemungkinan dibawa ombak akibat air pasang.
Menurut seorang penduduk, Mohd Radzi Abdul Manan, 31, dia dimaklumkan oleh seorang kenalan yang juga individu yang menemui bangkai penyu tersebut dan terus bergegas untuk melihatnya.
"Kawan saya jumpa bangkai tiga ekor penyu itu dalam pukul 6.30 petang Isnin lalu dan kemudiannya dia maklum pada saya yang kebetulan pada petang itu saya juga sedang berada di Pantai Hiburan membawa anak bersiar-siar.
"Sampai di lokasi, saya lihat memang betul terdapat tiga ekor penyu yang telah mati dan timbul juga rasa sedih kerana melihat haiwan yang dilindungi itu mati sedemikian," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Timbalan Pegawai Perikanan Daerah Rompin, Masri Bidin yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan bahawa ini kali pertama kes penemuan penyu mati di pantai sekitar Kuala Rompin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved