ads

Sabtu, 29 Mac 2014

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


<b>rompin</b>: tiga dicekup curi bateri <b>di</b> pencawang - portal pahangku

Posted: 16 Mar 2014 06:30 PM PDT


Anggota URB IPD Rompin sedang memeriksa bateri yang terdapat dalam lori yang digunakan suspek untuk memunggah barangan curi. - Gambar ihsan URB IPD Rompin

Rompin - Tiga lelaki yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun yang leka mencuri bateri di sebuah pencawang milik syarikat telekomunikasi Digi sekitar jam 8 malam kelmarin telah diberkas oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis (IPD) Rompin.
Tindakan pantas anggota URB yang bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memberkas suspek adalah hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, seorang daripada suspek yang diberkas mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan dadah.
"Turut dirampas bersama suspek adalah 20 bateri, peralataan pecah kabin dan sebuah lori yang digunakan untuk memunggah barangan curi. Jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM16,000.
"Kejayaan ini adalah hasil maklumat daripada orang awam dan setinggi penghargaan serta terima kasih kepada orang awam yang membantu. Kita sangat mengalukan sikap perihatin masyarakat yang sebegini," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, suspek yang ditangkap akan direman untuk siastan lanjut berkaitan kes kehilangan bateri di pencawang syarikat komunikasi lain.
"Lokasi pencawang syarikat telekomunikasi yang selalunya terletak di kawasan yang agak terpencil menyebabkan kes yang sama ada berlaku sebelum ini.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved