ads

Sabtu, 8 Mac 2014

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


penduduk gempar jumpa bom <b>di rompin</b> - portal pahangku - Blogger

Posted: 02 Mar 2014 07:30 PM PST

Rompin – Penduduk Kampung Sungai Mengkuang, Endau, dekat sini digemparkan dengan penemuan satu objek kelihatan seperti sebiji bom oleh seorang penduduk ketika bersiar di pesisir pantai, dekat sini kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu.
Penduduk terbabit yang hanya dikenali sebagai Bedur, 40, berkata, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk menikmati pemandangan laut ketika kejadian kerana ketakutan selepas melihat bom terbabit.
Menurutnya, ketika ditemui, ia seakan-akan sebiji bom yang terbenam dalam lumpur sebelum bertindak mengangkatnya lalu membawa ke pantai.
"Saya agak sangsi dengan objek berkenaan lalu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan memaklumkan kepada ahli keluarga serta rakan.
"Saya ajak mereka ke lokasi untuk lihat sendiri objek tersebut bagi mengesahkan sama ada ia benar-benar bom atau sebaliknya," katanya.
Seorang rakannya, Abdul Manaf Basir, 47, berkata, sebaik sahaja penduduk mengetahui tentang penemuan objek tersebut, mereka mula membanjiri lokasi kejadian dan memberikan pelbagai reaksi.
"Sekali imbas, objek berkenaan kelihatan seperti bom menyebabkan kami keliru namun tidak berani mengusiknya.
"Bagi mendapatkan kepastian, kami memaklumkan hal ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, objek dipercayai bom kosong (dummy bomb) yang digunakan untuk tujuan latihan itu dimusnahkan sepasukan anggota dari unit pemusnah bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada hari sama ia dilaporkan ditemui penduduk kampung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved