ads

Ahad, 16 Mac 2014

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Aduan Binatang Bisa Masuk Rumah Meningkat <b>Di Temerloh</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2014 01:46 AM PDT


TEMERLOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pahang mengesahkan peningkatan kes ular dan binatang berbisa memasuki kediaman apabila sebanyak 430 kes dilaporkan berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Bomba negeri, Nazili Mahmood berkata, peningkatan sebanyak 28 peratus itu disebabkan keadaan habitat haiwan berkenaan yang terganggu dan penerokaan hutan yang menyebabkan haiwan berbisa ini mencari tempat perlindungan baharu.

Menurutnya, selain itu faktor cuaca panas pada masa ini mendorong ular mencari kawasan yang sejuk, sekali gus menyebabkan 111 panggilan tangkapan ular diterima pada Februari.

"Jadi saya menasihatkan orang awam supaya menghubungi bomba sekiranya ada ular memasuki rumah dan jangan mengambil tindakan yang boleh membahayakan nyawa," katanya pada majlis bomba bersama masyarakat di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatan-kuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin dan Ketua Balai Bomba Temerloh, Hashnuddin Hussin.

Nazili berkata, faktor kediaman penduduk yang tidak bersih dan bersemak juga menggalakkan haiwan-haiwan berbisa ini memasuki kawasan rumah mereka.

Beliau berkata, antara ular berbisa yang sering memasuki rumah termasuk ular kapak, ular senduk dan ular tedung selar yang boleh mengancam nyawa.

Dalam pada itu, katanya, pihak bomba sentiasa bersedia menangani ancaman daripada haiwan berbisa seperti ular dan mempunyai anggota yang berkemahiran selain dilengkapi pelbagai peralatan.

Menurutnya, setakat ini kes-kes tangkapan ular dapat ditangani dengan baik dan tiada kes kritikal akibat patukan ular berbisa di kalangan anggota dilaporkan. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved