ads

Ahad, 23 Mac 2014

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


STPM: Kelulusan Penuh Makin Meningkat <b>Di Negeri Pahang</b> <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2014 10:23 AM PDT

KUANTAN - Seba­nyak 2,893 atau 97.97 peratus daripada 2,953 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 mendapat kelulusan penuh dengan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh.
Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata, peratus kelulusan penuh itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1.46 peratus berbanding dengan pencapaian 96.51 peratus lulus penuh pada 2012.
Beliau berkata, pencapaian calon bagi negeri ini dalam keputusan STPM 2013 yang diumumkan hari ini telah mengatasi pencapaian peringkat nasional bagi kelulusan penuh iaitu 97.10 peratus.
"Peratusan calon yang lulus penuh dalam lima mata pelajaran (5P) menurun 2.5 peratus berbanding 2.97 peratus pada STPM 2012, bagaimanapun peratus lulus penuh dalam empat mata pelajaran (4P) meningkat sebanyak 13.46 peratus iaitu daripada 53.76 peratus (2012) kepada 67.22 peratus (2013).
"Keseluruhannya peratusan calon yang mendapat 5P dan 4P telah meningkat daripada 56.73 peratus pada 2012 kepada 67.69 peratus iaitu peningkatan sebanyak 10.96 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rosdi berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang, Bera dekat sini telah menunjukkan prestasi terbaik di peringkat negeri apabila mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 3.06 dengan kelulusan penuh 100 peratus.
"Terdapat tiga sekolah mengekalkan prestasi kelulusan penuh 100 peratus selama empat tahun berturut-turut iaitu SMK Padang Saujana, Jerantut; SMK Tersang, Raub dan SMK Seri Rompin, Kuala Rompin.
"Daripada 49 sekolah yang mendaftarkan calon STPM, 20 sekolah telah mencapai kelulusan penuh 100 peratus sama dengan pencapaian 2012 manakala 28 sekolah mencapai kelulusan penuh 90 peratus berbanding 26 pada 2012," katanya.
Beliau berkata, calon yang memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 dan ke atas adalah lebih tinggi pada STPM 2013 iaitu 910 calon atau 30.82 peratus berbanding 720 calon atau 28.53 peratus (2012).
Menurutnya, calon terbaik STPM 2013 aliran sains ialah Noo Jan Wai dari SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan dan Ong Ying Qian (SMK Mengkarak, Bera) manakala Lim Yean Chi (SMK Air Putih, Kuantan) dan Afiqah Suwandi (SMK Dong, Raub) merupakan calon terbaik bagi aliran sastera.
"Bagi calon-calon dalam kalangan orang asal, calon terbaik bagi STPM 2013 ialah Shamsiah Nibong dari SMK Abu Bakar, Temerloh dan Ong Yek Mei (SMK Tanjung Gemok, Rompin) yang masing-masing mendapat PNGK 3.75," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved