ads

Isnin, 24 Mac 2014

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Calon Cemerlang SPM <b>Di Negeri Pahang</b> Tahun Ini Menurun <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2014 10:03 AM PDT

KUANTAN – Pahang mencatat penurunan jumlah calon cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 iaitu hanya 401 berbanding seramai 490 pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya pencapaian calon SPM 2013 mengikut gred purata (GP) meningkat sebanyak 0.05 peratus iaitu 4.84 berbanding 4.89.

Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang, Rashidah Md Arif berkata, berlaku penurunan sebanyak 0.32 peratus bagi pencapaian cemerlang mendapat semua A dalam mata pelajaran diambil.

Menurutnya, Pencapaian Layak Mendapat Sijil (LMS) turut mencatat penurunan iaitu seramai 18,596 orang berbanding 21,006 orang pada tahun 2012 atau menurun sebanyak 7.22 peratus.

"Mulai tahun 2013 calon yang menduduki peperiksaan SPM wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mendapat sijil.

"Seramai 24,301 calon menduduki SPM 2013 dan secara keseluruhan pencapaian sekolah yang mendapat 100 peratus LMS berjumlah 36 sekolah berbanding 40 sekolah pada tahun sebelumnya," katanya pada sidang media SPM 2013 di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), di sini, semalam.

Beliau berkata, sebanyak 14 sekolah memperoleh GPS di bawah 3.0 iaitu lima sekolah dalam kategori cemerlang berasaskan gred NKRA iaitu GPS di bawah 2.25, manakala SMART muncul sekolah harian terbaik dengan GPS 1.99.

"Antara sekolah cemerlang ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Pekan; SMART; SBPI Temerloh; Sekolah Sultan Abu Bakar, Kuantan; SBPI Kuantan, Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta), Raub; Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tahap, Jerantut; Sultan Ahmad Shah Pekan, SMK Sultanah Hajjah Kalsom, SMK Seri Tualang, SMK Jengka Pusat Maran, SMK Seri Bera dan SMA Al-Maarif, Kuantan.

"Sebanyak 17 daripada 66 sekolah bandar mencapai 100 peratus LMS iaitu 85.67 peratus calon dan prestasi cemerlang ialah 3.08 peratus.

"Bagi sekolah luar bandar, 19 daripada 125 sekolah mencapai 100 peratus LMS iaitu 86.29 peratus calon dengan prestasi cemerlang seramai 119 orang atau 0.99 peratus.

"Dua sekolah Felda mencapai 100 peratus LMS iaitu 87.71 peratus calon dan seramai 13 orang cemerlang.

"Enam Sekolah Bantuan Penuh (SBP) mencapai 100 peratus LMS dengan mencapai GPS 2.25 dan 99.60 peratus calon daripada 22 Sekolah Rancangan Khas (SRK) mendapat LMS," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved