ads

Khamis, 10 April 2014

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


[PENDEDAHAN] 3 Kamera Intip Dalam Tandas Perkerja Wanita <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2014 07:34 PM PDT

[PENDEDAHAN] 3 Kamera Intip Dalam Tandas Perkerja Wanita | Kejadian Di Hospital BentongBentong: Tiga kamera tersembunyi yang ditemui di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong di sini, baru-baru ini, berkemungkinan besar dipasang oleh orang dalam atau petugas hospital itu sendiri.
Ia berikutan tandas yang terletak di bahagian kecemasan itu hanya boleh digunakan kakitangan hospital.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Orang awam tidak dibenar menggunakannya bagi mengelakkan kesesakan.
"Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas," katanya, ketika dihubungi.
Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.
Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.
P/s: sedar lah yang dunia ni sementara kenapa lah ade orang tergamak nak buat macam gini

3 CCTV HARAM <b>Di</b> Temui Dalam Tandas Wanita Hospital <b>Bentong</b>

Posted: 07 Apr 2014 05:53 PM PDT

3 CCTV HARAM Di Temui Dalam Tandas Wanita Hospital Bentong | Tiga kamera tersembunyi yang ditemui di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong baru-baru ini, berkemungkinan besar dipasang oleh orang dalam atau petugas hospital itu sendiri.
Ia berikutan tandas yang terletak di bahagian kecemasan itu hanya boleh digunakan kakitangan hospital. Orang awam tidak dibenar menggunakannya bagi mengelakkan kesesakan.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

"Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

"Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas," katanya, ketika dihubungi.


Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

sumber
Berita Harian

Bunuh Dan Rogol: "Rambo <b>Bentong</b>" <b>Di</b> Perintah Bela Diri <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2014 02:25 AM PDT

TEMERLOH: Mahkamah Tinggi di sini Isnin memerintahkan seorang lelaki yang sebelum ini dihukum penjara 115 tahun bagi lima sabitan merogol dan seks luar tabii, membela diri terhadap pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan lima tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Rabidin Satir yang juga dikenali sebagai Rambo Bentong.

Rabidin, 43, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara 11.30 malam 7 Mac 2009 dan 1.50 tengah hari 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa merogol Kok sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan pada masa sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Rabidin memberitahu mahkamah dia akan memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang tertuduh sebagai kaedah bagi membela diri, selepas berbincang dengan peguam belanya, Richard Bong Chong Fook.

Abdul Karim kemudiannya menetapkan 2 April ini sebagai tarikh mendengar keterangan bersumbah Rabidin.

Terdahulu, semasa penyampaikan penghakimannya, Abdul Karim berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati punca kematian mangsa adalah kelaran di lehernya.

Menurut beliau, kesan air mani terdapat pada kemaluan mangsa dan kesan yang sama turut didapati pada pakaian mangsa yang diserahkan oleh keluarga mangsa kepada pegawai penyiasat.

"Kesan air mani pada mangsa jelas bahawa pada hari kejadian, tertuduh adalah orang yang terakhir dengan mangsa.

"Tiada keterangan menunjukkan bahawa ada orang lain pada masa kejadian. Saya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu prima facie bagi dua tuduhan itu," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa.

Pada 5 Feb tahun lepas, Rabidin dijatuhi hukuman penjara berjumlah 115 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub terhadap empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap empat mangsa berumur antara lapan hingga 17 tahun.

Sebulan kemudian iaitu pada 21 Mac 2013, dia dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Raub selepas mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada kira-kira 6 petang, 14 Nov 2012. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved