ads

Ahad, 13 April 2014

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Bas Ekspress Transnasional 2 tingkat terbalik <b>di</b> Bukit Lebu <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2014 04:19 PM PDT

Bas Ekspress Transnasional 2 tingkat terbalik di Bukit Lebu, Bentong, Pahang

Keadaan bas ekspress dua tingkat yang membawa 68 penumpang remuk teruk selepas terbalik di Bukit Lebu, Jalan Bentong - Raub mengakibatkan tiga maut dan 15 parah tengah malam tadi. - Berita HarianBas tersebut adalah perjalanan dari Putrajaya ke Kota Bharu, Kelantan.
p/s: info dari rakan saya yang berada di dalam bas tersebut, kejadian berlaku pada jam 12:30 malam dan 3 orang yang maut tersebut adalah penumpang yang berada di bahagian atas.

[5 Gambar] 3 Maut, Bas Ekspress Transnasional 2 Tingkat Terbalik <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2014 08:58 PM PDT

[8 Gambar] 3 Maut, Bas Ekspress Transnasional 2 Tingkat Terbalik di Bentong | Tiga maut termasuk sepasang suami isteri manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.
Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah Alias, 26, dan seorang warga Somalia, Mohamad Mohamud Abdalla, 31.
Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan, Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd. Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd. Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.
Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd. Shanif, 20, Norzamera Abd. Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Nor Mansor berkata, mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.


Tambahnya, sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.

"Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Bharu.


"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama. - Bernama

Update dr Fanpage Jabatan Bomba Malaysia




Artikel Berkait


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm 
http://ihtmalaysia.blogspot.com/2014/04/gambar-kemalangan-ngeri-bas-di-jalan.html

Tiga maut, bas terbalik <b>di</b> jalan <b>Bentong</b>-Raub - Harakah Daily

Posted: 11 Apr 2014 07:07 PM PDT

BENTONG: Tiga maut termasuk sepasang suami isteri manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.

Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah Alias, 26, dan seorang warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31.

Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.

Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.

Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.

"Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu.

"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama.

-Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved