ads

Isnin, 14 April 2014

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Gambar 3 Maut Bas Ekspress Terbalik <b>Di Bentong</b> - PERLING PUTIH

Posted: 11 Apr 2014 09:56 PM PDT

Gambar 3 Maut Bas Ekspress Terbalik Di Bentong - PERLING PUTIH

Gambar 3 Maut Bas Ekspress Terbalik Di Bentong  | BENTONG: Tiga penumpang termasuk sepasang suami isteri maut apabila bas yang dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terbalik di KM11, Jalan Bentong-Raub berdekatan kawasan Bilut awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, bas dua tingkat milik Transnasional yang dinaiki 68 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Gambar 3 Maut Bas Ekspress Terbalik Di Bentong Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata siasatan awal kemalangan tersebut mendapati bahawa bas dipercayai telah hilang kawalan di satu selekoh di kawasan berkenaan sebelum melanggar beberapa tiang elektrik di sebelah kanan jalan sebelum terbalik ke kiri jalan.

"Sebelum bas tersebut hilang kawalan, pemandu bas dipercayai telah memotong beberapa kenderaan dan tempat kejadian merupakan kawasan menuruni bukit. Semasa kejadian pula keadaan persekitaran gelap dan permukaan jalan adalah kering," katanya dalam satu SMS yang dikirim kepada Astro Awani.

Kemalangan bas di Bentong

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah Alias, 26, dan seorang warga Somalia, Mohamad Mohamud Abdalla, 31.

10 mangsa yang cedera pula termasuk pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89 dan seorang warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.

Kemalangan bas di Bentong

Sehingga kini, 55 penumpang yang berada dalam bas itu dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong manakala mayat mangsa dibawa ke hospital yang sama untuk dibedah siasat.

Penumpang yang mengalami cedera pula dirawat di Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - Astro Awani



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved