ads

Khamis, 24 April 2014

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


PENUMPANG DEDAH PUNCA KEMALANGAN BAS <b>DI BENTONG</b> <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2014 07:59 AM PDT

Semalam kita dikejutkan dengan berita kemalangan bas di Bentong, Pahang. Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, bas dua tingkat milik Transnasional yang dinaiki 68 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Bas berkenaan terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terbalik di KM11, Jalan Bentong-Raub berdekatan kawasan Bilut. Kemalangan ini menyebabkan 3 maut dan 10 cedera. Ketiga-tiga mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

kemalangan bas transnasional di bentong pahang

Menerusi laporan Sinar Harian hari ini, seorang penumpang bas, Norfazilah Zainuddin, 22, menceritakan detik sebelum kemalangan berlaku. Menurutnya, pemandu bas sibuk SMS dan bas juga dipandu laju.

Norfazilah mendakwa, dia yang duduk bersebelahan pemandu bas berasa tidak sedap hati melihat kelakuan lelaki itu yang leka dengan telefon bimbit sambil memandu. Menurutnya, dia menegur pemandu bas beberapa kali, namun tidak diendahkan.

"Sebelum kemalangan, pemandu bas sibuk 'bermain' SMS (khidmat pesanan ringkas), malah kenderaan turut dipandu laju. Saya cakap baik-baik minta dia fokus kepada pemanduan kerana bimbang berlaku perkara buruk yang boleh membahayakan saya dan penumpang lain. Dia tidak hiraukan saya langsung dan terus memandu laju, sebelum bas kami masuk ke laluan bertentangan," katanya.

Norfazilah yang bekerja sebagai kerani di Kuala Lumpur berkata, ketika itu, dia hanya sempat menjerit 'Awas, abang!', sebelum bas itu terbabas dan terbalik. Katanya, kejadian terlalu cepat dan kepalanya cedera akibat terhantuk pada cermin hadapan bas, selain lututnya luka akibat terhimpit.

"Saya masih sedar dan hanya dapat melambai-lambai pengguna jalan raya lain, berharap ada yang membantu mengeluarkan kami yang tersepit," katanya yang mahu pulang ke kampung di Tumpat, Kelantan.

Menurutnya, insiden itu tidak mungkin dilupakan, namun dia bersyukur kerana terselamat.

Sementara itu,Suhaila Ismail, 32, berkata, dia yang pertama kali menaiki bas tersebut sangat trauma dengan kemalangan ngeri itu. Katanya, dia dan abangnya terpaksa menaiki bas itu, selepas tiket bas yang selalu dinaiki habis dijual.

"Sebelum kejadian, abang memang dah perasan bas tersebut dipandu laju dan pemandu bas juga asyik menekan brek. Saya cedera di bahagian tulang belakang serta rusuk. Kejadian ini buat saya serik dan trauma naik bas," katanya.

Seorang lagi penumpang, Razali Musa, 47, turut menceritakan detik cemas insiden itu.

"Saya naik bas bersama isteri, ketika dalam perjalanan saya tertidur, sebelum tiba-tiba terdengar bunyi dentuman serta cermin pecah. Semua penumpang menjerit. Tiba-tiba saya ditindih tiga individu lain termasuk isteri," katanya.

Menurutnya, memang dia terkejut dengan kejadian itu tetapi mujur dia tidak panik manakala penumpang yang selamat dan tidak cedera keluar dari bas berkenaan melalui cermin depan yang pecah.

Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved