ads

Selasa, 15 April 2014

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Sepintas Lalu <b>Di Cameron Highlands</b> | kujie2.com - Hidup Biar Sedap

Posted: 01 Apr 2013 09:36 PM PDT

Ini adalah entri kisah seminggu bercuti meliputi 1736 Kilometer perjalanan melalui tanah tinggi, tasik , meredah lautan  dan pulau.

anak-anak remaja
Kami bertolak awal pagi 25 Mac 2013. Anak-anak dah besar, masing² siapkan diri sendiri. Tak macam dulu, kalau nak keluar bercuti, saya perlu siapkan segala bagai barang peribadi mereka. Sekarang ni, kalau sesiapa tertinggal barang, tanggung sendiri.

Tugas mama kunci pintu saja.  Sekarang pun dah ada 2 pemandu, saya cuma jadi penumpang.

Destinasi pertama kami ke Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu ( Tasik Kenyir ) tempat suami bekerja sekarang. Sengaja pilih laluan melalui Cameron Highlands – Gua Musang – Felda Aring – Tasik Kenyir. Kalau ikut laluan Lebuhraya Pantai Timur, cepat sampai tetapi kami ingin bersantai sebelum tiba ke destinasi.

Anak-anak dah pernah ke Cameron Highlands lebih sepuluh kali, tak ada apa yang nak dicari, cuma melalui pemandangan indah dan cuara dingin. ( Suami pernah bekerja di Cameron Highlands )

bunga di cameron highlands
Cameron Highlands dan bunga.  Hati siapa yang tak terpikat

strawberry di cameron highlands
Strawberry Cameron Highlands. Satu pek RM 10, kami beli 4 pek dengan harga RM 35.

sayuran di cameron highlands
Satu lagi produk buah tangan dari Cameron Highlands, sayur-sayuran. Peniaga di sana cukup suka kalau mendapat pembeli dikalangan orang melayu kerana orang melayu biasanya akan memborong bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk seluruh saudara mara, makcik pakcik, adik beradik,  jiran tetangga dan rakan sekerja.

ladang teh di cameron highlandsBunga, sayur, strawberry dan ladang teh adalah signature utama di Cameron Highlands.

kenderaan di cameron highlands

Pemandangan biasa di Cameron Hinglands.  Kita yang mengikut rasa cuak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved