ads

Sabtu, 19 April 2014

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Adun Paloh Cedera, Isteri Maut Kemalangan <b>Di Cameron Highlands</b> <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2014 10:28 AM PDT


IPOH - Isteri Adun Paloh, Kelantan, Datin Maziah Din disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, turut menyebabkan, Datuk Nozula Mat Diah cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabas.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kereta jenis Nissan Murano dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke arah Simpang Pulai hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, insiden berlaku akibat permukaan jalan yang licin.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, sementara Nozula yang memandu kereta kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan stabil," katanya.


ADUN Paloh Terlibat Kemalangan Maut <b>di Cameron Highland</b>

Posted: 17 Apr 2014 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah cedera ringan manakala isterinya, Datin Maziah Din maut selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang tadi di kilometer 24 Keramat Pulai dekat Cameron Highlands.

Berdasarkan maklumat diterima, kenderaan yang dipandu sendiri Nozula dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit.


Kenderaan itu dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin.

Beliau kini berada di Hospital Ipoh dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan.


Bagaimanapun isteri beliau dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Sama-sama kita mendoakan untuk kesihatan Datuk Nozula, dan sedekahkan al-fatihah kepada isterinya yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved