ads

Rabu, 23 April 2014

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


CINTAMANISZ Lite: Merehatkan diri <b>di Cameron Highlands</b>

Posted: 30 Mar 2014 10:02 PM PDT

24.03.2014
ISNIN

Cuti sekolah kali ni mmg dh plan nak merehat2kan diri bersejuk2an kat Cameron Highlands. Tak lama pun...dapat satu malam pun jadi laa. Ajak mak ngan abah sekali gi. Saja bawak dorang bercuti2 sekali.

Pagi tu kitorang gerak ke CH ngan dua kereta. Avanza ayah dan alza kitorang.
Avanza ayah nanti akan terus balik ke Bentong sesudah sehari bermalam kat atas sana.
Cucu2 ayah semua naik ngan atuknya.
Abah ngan mak naik ngan kitorang.
Kereta pun penoh ngan mcm2 barang termasuk bahan2 mentah nak memasak kat atas tu kecuali sayuran.

Sampai kat area Kea Farm...masih tak jem dari arah kitorang. Tapi dari arah Brinchang ke Kea Farm seperti biasa...dh jem dh, huhu.

Abg nak bawak mak, abah ngan ayah masuk Time Tunnel Gallery...
Tengok barang2 lama kat dalam tu. Sebelum tu...mak sempat beli beberapa bijik buah rock melon.
Aku, along dan angah tak masuk pun. Dok luar aje sambil online, hehe.

Dari galeri...kitorang terus ke Brinchang...nak makan nasik pulak.
Kat situ Fadel ngan Dayah pun ada. Dorang dh check out dari Copthorne Hotel yg dulunya dikenali ngan Equatorials. Lama dh hotel ni..akhirnya dh bertukar jenama pulak, ye..
Kebetulan pulak hari tu ada perasmian hotel tu oleh Menteri Pelancongan. Dah makan...terus gi Desa Anthurium.
Aku dh booking sebuah apartment kat sini melalui agoda sebulan sebelum tu.
Dpt harga lebih kurang RM240 dh campur tax semua.
Apartment 3 bilik...2 bilik ada katil queen dan single. Satu bilik lagi ada katil queen aje.

Tapi takleh nak check in lagi sbb pekerja tengah kemas apartment lagi.
Dia mintak setengah jam lagi utk selesaikan. Mmg ler....check in sepatutnya kul 2 ke atas, hehe. Kitorang sampai situ sebelum jam 1.30 petang, ngee..
Takpe, tunggu...kejap jer. Dok situ kan dingin. Takde rasa panas pun.

Dh check in...barang2 dh bawak naik.
TV pun di on (pakej NJOY), mula laa terasa sejuk2 lantai...weee..
Petang tu...kitorang turun.
Nak gi pasar malam di waktu petang, hehe.
Gi pasar malam Brinchang masa tu ok lagi...jalan tak jem teruk lagi.
Tapi tetap kena cari parking kat bawah2 sana tu kat tepi masjid belah belakang.
Balik apartment nak kena memasak dh utk makan malam.
Periuk nasik dan beberapa keperluan perkakas dapur mmg aku bawak dari umah. Tapi dapur disediakan laa. Minyak, gula, teloq....Fadel tolong belikan kat pekan Brinchang.
Dapur kat sini guna dapur letrik satu tungku seperti dlm gambar di atas.
Pemanggang ajaib tu tak leh digunakan atas tu. Bila letak takde fungsi apa2 pun.
Kena ler guna periuk biasa.
Bila tv takde lagi yg nak tengok...mak, abah, ayah, abang semua dh masuk tido....ayahngah pun bukak ler utk main ps2 pulak. Tak abes2 dok layan games One Piece tu, mm...tak jemu2.
Aku pun tak tau dorang abes main kul berapa. Tak larat dh mata aku ni sejuk2. Masuk tido jgk ler....

25.03.2014
SELASA

Selamat pagi Cameron..
Pagi tu...gi dapur. Masak nasik terus.
Masak lauk...apa yg ada belen2 bahan mentah tu..nak kasi perabes.

Apartment kitorang sewa ni berada di tingkat 3. Jenoh jgk ler nak mendaki. Mujur ler kali mmg gi sini utk rehat2 lepak2 aje. Takde nak jalan sana sini sangat. Takde ler kerap nak guna tangga tu, hehe..
Sebelum masing2 ke destinasi masing2...kitorang singgah dulu ke Al-Mashoor. Makan eskrem jer niat sebenarnya.
Bila dh buat yg gini....replika buah stoberi sebelum ni yg pelik bentuknya tu (mcm bentuk cengkerang siput jer tu) dorang dh letak kat tempat lain, hahaha. Tau jgk ye dorang replika stoberi tu nampak lawak jer..
Dari situ...maka bergerak ler kitorang balik ke Tepen, ayah dan Fadel menghala ke Sg. Koyan.
Ok jgk cuti2 mcm ni. Rileks dan santaiiii aje. Takde nak tergesa2 gi sana gi sini.

Nota ALONA:-
~Perlu bercuti melihat keindahan alam semulajadi utk naturalkan tekanan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved