06 di cherating - Google Blog Search |
foto zaza: Cherating Trip March 2014: Part 2 - Aktiviti <b>Di Cherating</b> Posted: 11 Apr 2014 03:25 AM PDT tengok anak penyu kat Cherating Turtle Sanctuary Turtle Sanctuary - dekat dengan Club Med sebenarnya sebelum ke Cherating lagi kita awal² dah beritahu Alice yang kita akan pergi tengok penyu. malah kita berjaya yakinkan Alice untuk minum lebih banyak air kosong sebab baby turtle suka minum air kosong. baby turtle nangis kalau Alice minum air manis² (mak bapak sapa la yang suka bagi fakta macam tu!) :p banyak baby turtle akan datang kat tangan Alice! :D Cherating Turtle Sanctuary ni boleh dikatakan terletak sebelum pintu masuk Club Med. Free. tak perlu bayar apa². selepas pergi baru la kita rasa yang free tu memang berpadanan. kalau kena bayar mesti kita merungut² bila keluar! kita luangkan masa dalam 10 minit agaknya tengok penyu. nak masuk kena tanggal kasut. dalam bagunan kecik ada pameran lebih kurang. kat belakang bangunan tu ada beberapa kolam dengan beberapa penyu berendam. tak! tak boleh pegang -_________- satu perkara baik yang kita dapat - bila balik hotel senang kita bagitau Alice "swim macam baby turtle". sejak itu Alice makin pandai berenang siap cakap kat abang bot "... laju lagi abang, laju lagi!" 2) Cherating Mangrove River Cruise jangka masa: 1 jam setengah harga: RM25 dewasa, RM15 kanak² 4 - 11 tahun lokasi: Hafiz's Cherating Activities dekat dengan Payung chalet - land mark dari jalan besar: Residence Inn Cherating selain daripada mangrove river cruise ada juga fireflies watching trip dan turtle watching trip pada April - September. kena datang balik tengok penyu mendarat ni! tips: untuk trip yang pukul 4 petang ni elok juga kalau bawa topi yang berikat, tak melayang kalau kena tiup angin. panas matahari boleh tahan dalam bot tu. antara fauna yang kita nampak masa mangrove cruise sekawan burung bangau putih. asal bot lalu je diorang terbang! dah balik baru budak office kata ular ni berbisa bot lalu bawah rimbunan pokok bakau kita dapat seat depan abang bawak bot stabil tak beralun sangat jangan mengada² nak sebut nang nak bila lalu sini ya! awalnya kita nak ikut juga tengok kelip² malam cuma yang tak berapa nak best malam pukul 7.30 dah kena berkumpul. korang takut tak nak pergi tepi² sungai senja²? lagi satu kalau semua dewasa mungkin ok daddy risau macam tak selamat sangat malam bawa Alice naik bot kecik. fuuu ... walau slow, bila belok macam nak tercecah lutut dalam air paya. kita yang over protective rasanya ... cuba teka apa favorite color Alice? Cherating Cultural Village dekat dengan Payung chalet - land mark dari jalan besar: Residence Inn Cherating RM10 sebenarnya ada 2 pilihan untuk buat batik ni. kita dengan Alice tentunya pilih warna saja. dan boleh makan juga kat sini atau boleh juga warna batik sambil makan! Alice? warna batik sambil minum air. makcik kedai bagi air untuk cairkan warna sekali Alice kata "I'm thirsty!" pilih saja design yang dah sedia ada ... and then knock yourself out! sambil tu boleh makan minum. budak kecik ni excited tengok batik Angry Bird dia. selain daripada tu apa aktiviti lain yang ada?mandi laut, swimming pool, shopping keropok... next entry la kot? Cherating March 2014: | |||
BLOG PAHANG: 06 <b>di cherating</b> - Google Blog Search Posted: 15 Apr 2014 07:26 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di cherating - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan