ads

Jumaat, 25 April 2014

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


ADUN <b>Jengka</b>: Sebuah Lagi Mercu Tanda <b>Di</b> Bina <b>Di</b> <b>...</b> - PahangDaily

Posted: 21 Apr 2014 09:59 PM PDT

JENGKA - Selepas 10 tahun tertangguh akibat penduduk enggan berpindah, akhirnya sebuah lagi mercu tanda yang bakal menjadi pintu masuk ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka akan dibina di kawasan Matau bermula Jun ini.

Pusat Perdagangan Berkembar Bandar Tun Abdul Razak Jengka bernilai RM70 juta itu nanti mempunyai 250 kedai dua tingkat dan 40 kedai setingkat.

Adun Jengka,  Dato' Wan Salman Wan Ismail (foto) berkata, pembinaan pusat perdagangan itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat bumiputera, Astana Timur melalui pemaju projek, Mentiga Corporation Berhad (MCB).

Menurutnya, berkonsepkan bandar dalam taman, projek itu yang sepatutnya telah bermula tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan keengganan penduduk di situ berpindah ke kawasan baharu.

"Kerajaan negeri dan Majlis Daerah Maran menyediakan kawasan perumahan dikenali Jengka Impian dan 21 ruang niaga di Jengka Street untuk penduduk asal Matau.

"Penduduk terbabit telah diberi notis untuk berpindah beberapa kali dan kini kebanyakan daripada mereka telah mengosongkan premis dan kontraktor sedang membersihkan kawasan berkenaan," katanya.

Wan Salman berkata, projek tersebut akan turut terkena tempias terhadap kawasan Sungai Cenderai di pinggir kawasan projek terbabit untuk dijadikan satu destinasi rekreasi utama di Bandar Tun Razak Jengka.

Menurutnya, apabila siap kelak, pusat perdagangan berkembar itu akan menjadi pintu masuk ke bandar itu sekali gus membawa kebanggaan kepada penduduk, khususnya warga peneroka Felda.

"Pusat perdagangan tersebut boleh dijadikan mini Bandar Tun Abdul Razak Jengka kerana terletak di laluan strategik antara Pekan Awah-Jerantut," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved