ads

Khamis, 10 April 2014

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


<b>Jerantut</b>: Ketua Geng Faiz Tak Serik <b>Di</b> Cekup Pihak Polis <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2014 06:58 PM PDT

JERANTUT - Ketua kumpulan geng Faiz yang sebelum ini melakukan jenayah curi kenderaan tidak serik dengan kesalahan lampau, malah berani melakukan pelbagai jenayah termasuk rogol selepas melarikan diri dari pusat pemulihan akhlak.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azid Ismail berkata, suspek berusia 19 tahun melarikan diri dari pusat pemulihan akhlak Tunas Bakti, Sungai Besi pada 21 Oktober tahun lalu, berjaya ditahan polis ketika sedang leka di pusat hiburan Temerloh pada 25 Mac 2014 lalu.

Menurutnya, sepanjang tempoh suspek 'bebas', suspek bertindak melakukan jenayah mencuri kereta jenis Perodua Viva pada 30 Oktober 2013, tiga motosikal jenis Honda EX5 pada 15, 16 dan 23 Disember 2013.

"Suspek juga terlibat dalam kes pecah tabung masjid pada 14 Januari lalu dan merogol gadis bawah umur pada 24 Januari lalu yang berlaku di sekitar daerah Jerantut.

"Bersama suspek polis merampas barangan curi dianggarkan bernilai RM60,000 namun dua lagi ahli geng tersebut masih diburu polis," katanya pada sidang media di sini semalam.

Abdul Azid berkata, suspek telah dua kali melarikan diri dari pusat pemulihan akhlak di mana kali pertama ditahan atas kesalahan mencuri motosikal di daerah Jerantut pada September 2012 lalu dan dihantar ke sekolah Tunas Bakti, Telok Air Tawar, Butterworth.

Beliau berkata, suspek yang bertindak melarikan diri daripada sekolah Tunas Bakti, Telok Air Tawar, Butterworth pada April 2013 terlibat dalam kes sama, mencuri kereta dan motosikal di daerah Jerantut serta Temerloh sebelum ditahan polis dan dihantar ke sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi.

"Hasil siasatan lanjut kesemua motosikal dicuri itu berjaya ditemui semula, manakala sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dicuri berjaya ditemui di kawasan perindustrian Jerantut. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved