ads

Sabtu, 12 April 2014

06 di kampung awah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


Jalan Mendap <b>Di</b> FELDA <b>Kampung Awah</b> Semakin Meresahkan <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 12:58 AM PST

Jalan Mendap Di FELDA Kampung Awah Semakin Meresahkan Penduduk

Tanah Runtuh Awah

MARAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diminta segera membaiki keadaan jalan di pekan Kampung Awah-Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini yang rosak dan mendap akibat kejadian tanah runtuh bulan lalu.

Lebih meresahkan orang ramai apabila mendapan tanah di bahagian kiri jalan tersebut semakin serius dan membesar sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi tersebut hari ini mendapati, mendapan jalan akibat banjir itu perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa sebelum merebak ke kanan jalan.

Ketua Kampung Felda Kampung Awah, Asri Mat Dahan berkata, pengguna perlu berhati-hati ketika melalui lokasi itu kerana laluan kanan sudah semakin mendap dan boleh mengundang bahaya jika tidak berwaspada.

"Berdasarkan rekod, laluan sebelah kanan itu pernah runtuh suatu ketika dahulu dan telah dibaiki manakala runtuhan sebelah kiri kali pertama berlaku.

"Kami memuji keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail yang melawat lokasi berkenaan dan meminta JKR segera membaiki kawasan itu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Asri, laluan pekan Kampung Awah-Bandar Tun Abdul Razak Jengka dianggap nadi ekonomi di situ kerana menjadi laluan penduduk menjual hasil getah dan kelapa sawit di samping laluan kakitangan kerajaan ke tempat kerja di sekitar Jengka.

Tambahnya, kos untuk membaiki kawasan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM400,000 yang memerlukan beberapa prosedur mungkin antara faktor kelambatan untuk mengatasi masalah itu. – UTUSAN

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada January 7, 2014 - 4:58 pm oleh Shazuein Azmaini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved