ads

Rabu, 16 April 2014

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


INFO MASJID NEGERI PAHANG PERTAMA <b>KUALA LIPIS</b> 1888 <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 07:01 AM PDT

Bangunan Masjid Negeri ini telah dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Beliau juga yang telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya, atap masjid ini diperbuat daripada papan.

Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia dipindahkan ke Kuantan. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam masjid ini ialah Imam Kawi, iaitu imam kedua masjid ini. Pada masa tersebut, gaji para Imam dibayar dengan menggunakan wang hasil dari kutipan zakat. Imam pertama yang menerima gaji daripada kerajaan ialah Imam Salih bin Hussin.

Menurut cerita orang-orang tua, salah satu keistimewaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda.

Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato' Abu Samah (Setiausaha Kerajaan Pahang), Tun Abdul Razak bin Tun Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar. Sumber : Pejabat Daerah Kuala Lipis.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved