ads

Ahad, 20 April 2014

06 di kuala rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala rompin - Google Blog Search


MUIP <b>Kuala Rompin</b> Komited Dekati Komuniti Orang Asli <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 04:59 PM PDT

ROMPIN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (Muip) Cawangan Kuala Rompin terus komited mendekati masyarakat Orang Asli dalam usaha untuk memperkenalkan dan menjelaskan kepada mereka mengenai agama Islam.

Usaha itu dilakukan melalui Program Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra yang turun ke peringkat lapangan bertemu sendiri dengan masyarakat Orang Asli di kira-kira 17 perkampungan yang ada di sekitar Kuala Rompin.

Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Rompin, Mohd Hafis Mohd Saad berkata, tujuan program tersebut adalah untuk mendekati masyarakat Orang Asli yang berminat untuk memeluk agama Islam dan mungkin berniat untuk mendalami Islam.

"Program ini memudahkan urusan masyarakat Orang Asli di mana mereka tidak perlu ke pejabat Muip sebaliknya pihak Muip sendiri akan turun ke lapangan bertemu mereka bagi memberi penjelasan atau penerangan.

"Setakat ini maklum balas yang sangat baik kami terima daripada penduduk-penduduk Orang Asli ini dan juga memberi kerjasama serta layanan yang baik kepada petugas Muip," katanya.

Menurut Hafis, program ziarah dan ramah mesra itu juga tiada tentangan oleh mana-mana pihak di peringkat kampung.

"Pihak Muip juga berbesar hati dan menghargai kepimpinan di peringkat kampung yang menerima kedatangan Muip. Kami boleh bersembang hinggalah dipelawa masuk rumah.

"Cuma setakat ini mereka belum bersedia untuk memeluk Islam dan kita berharap suatu hari nanti hati mereka akan terbuka untuk menerima Islam," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved