ads

Rabu, 2 April 2014

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Lori Lynas Terbalik <b>di</b> Jalan <b>Maran</b>-Kuantan |www.Zon2u.Com

Posted: 29 Mar 2014 08:03 PM PDT

Aku tak tahu benar atau tidak lori lynas yang terbalik nie bawa bahan yang merbahaya atau tidak. Kalau dilihat dari gambar yang diambil, 2 orang macam ala-ala makhluk DIGI nie sedang bertungkus lumus untuk mengawal bahan yang telah terjatuh dari lori. Bahan Radiasi memang sangat merbahaya bergantung jenis bahannya.
Sesiapa yang mengendalikan bahan radioaktif pasti tahu bagaimana untuk mengambil kira cara kawalannya iaitu Time, Distance and Shielding (TDS).  So bahaya atau tidak tunggu lah masa yang akan menentukan.

Quote:
Melaka Tengah: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menegaskan bahan dibawa lori Lynas yang terbabit kemalangan di jalan persekutuan Kuala Lumpur-Kuantan di
Lanchang, pagi kelmarin, tidak berbahaya. 
Timbalan Menterinya, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, berkata, produk yang dibawa lori berkenaan tidak mengandungi bahan radioaktif, malah tidak didaftarkan dalam kategori berbahaya. 
"Lori ini mengangkut produk 15 PrND Chloride Lynas dalam bentuk cecair untuk dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dieksport ke Jepun. 
"Produk ini tidak berbau dan tidak membahayakan hidupan, termasuk hidupan laut seperti ikan," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Penanaman Pokok oleh Standard Chartered Bank di Klebang, dekat sini, semalam. 
Bertaburan atas jalan raya 
Berdasarkan laporan kemalangan, 13 daripada 15 bekas PrND Chloride berkenaan bertaburan di atas jalan raya dan empat daripadanya pecah. 
Kerja membersihkan kawasan kemalangan berkenaan sudah dilakukan oleh Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART). 
Sementara itu, pada majlis itu, sebanyak 100 batang pokok jenis Bucida Terminalia Mantaly sumbangan Standard Chartered ditanam di tepi Sungai Lereh, di sini.

COMMENTS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved