ads

Selasa, 15 April 2014

06 di merapoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2014 09:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jan 2014 09:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di merapoh - Google Blog Search

Usaha Laili Basir Berbaloi, Gua <b>Di Merapoh</b> <b>...</b> - MyNewsHub.My

Posted: 16 Nov 2013 10:02 PM PST


Perjuangan seorang pakar cabaran pengembaraan ekstrem dalam menyelamatkan gua-gua batu kapur yang bersejarah dan terkenal di dunia di Merapoh, Pahang akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan negeri berjanji tidak akan mendirikan sebarang kilang pengeluaran simen di kawasan itu.

Menurut laporan The Star Online, kerajaan negeri Pahang sebaliknya akan menjadikan kawasan itu sebagai destinasi eco-pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Budaya Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kini kawasan Merapoh sedang dijalankan kerja-kerja tinjauan untuk mengenalpasti keluasan kasawan eco-pelancongan itu.

"Exco kerajaan negeri telah membantah projek pengeluaran simen ini, kita akan mengeluarkan perancangan untuk satu pembangunan yang lebih memelihara alam sekitar di Merapoh.

"Kini orang ramai dan pencinta alam sekitar tidak perlu bimbang lagi dengan nasib gua-gua bersejarah di Merapoh dan boleh tidur dengan nyenyak," kata Mohd Sharkar.

Tanah di kawsan itu dimiliki oleh Bintang Tower sementara lesen pengeluaran simen diperoleho Lipis Cement sejak 1997 bagaimanapun projek itu tidak pernah dilaksanakan.

Kebimbangan terhadap gua-gua batu kapur yang sudah berusia berjuta tahun du Merapoh kembali hangat selepas sebuah syarikt di Singapura ASN Cement menyuarakan minat mereka untuk melaksanakan projek sama di situ pada penghujung 2011 lalu.

Mohd Sharkar berkata, kini pihaknya akan menyenaraikan kepakaran Persatuan Alam Semulajadi Malaysia (MNS) dan juga organisasi lain untuk membantu menghasilkan pelan pembangunan itu.

Beliau berkata maklumat daripada mereka yang pakar amat penting untuk kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan berkenaan dengan betul.

"Adalah amat penting untuk kita mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, saya akan bertanyakan maklumat daripada mereka yang pakar untuk melihat pemuliharaan gua dan spesis orkid di Merapoh," katanya.

Pakar penjelajahan ekstrem yang juga Pengasas Laili Basir Event Adventure, Laili Basir sudah lama berjuang menyelamatkan gua di Merapoh daripada musnah akibat pembangunan tidak terkawal.

Laili, dengan menggunakan wangnya sendiri menjemput pakar-pakar penjelajahan gua terhebat dunia untuk membuat tinjauan dan memetakan laluan gua-gua batu kapur di Merapoh dan mereka menemui beberapa penemuan penting melalui kempen Save Merapoh Caves.

Menurut pakar pemetaan gua yang dijemput beliau, gua yang terdapat di Merapoh merupakan antara gua untuk penjelajahan gua yang terbaik di dunia dan kebanyakan daripadanya masih belum didokumentasikan. – mynewshub.my

P1230160

GuaTahiBintang

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

Usaha Laili Basir Berbaloi, Gua Di Merapoh Selamathttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/P2030728.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/P2030728-150x150.jpgAuthor MNH Terkini,

Perjuangan seorang pakar cabaran pengembaraan ekstrem dalam menyelamatkan gua-gua batu kapur yang bersejarah dan terkenal di dunia di Merapoh, Pahang akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan negeri berjanji tidak akan mendirikan sebarang kilang pengeluaran simen di kawasan itu. Menurut laporan The Star Online, kerajaan negeri Pahang sebaliknya akan menjadikan kawasan itu...

Perjuangan seorang pakar cabaran pengembaraan ekstrem dalam menyelamatkan gua-gua batu kapur yang bersejarah dan terkenal di dunia di Merapoh, Pahang akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan negeri berjanji tidak akan mendirikan sebarang kilang pengeluaran simen di kawasan itu. Menurut laporan The Star Online, kerajaan negeri Pahang sebaliknya akan menjadikan kawasan itu sebagai destinasi eco-pelancongan. <strong>Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Budaya Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kini kawasan Merapoh sedang dijalankan kerja-kerja tinjauan untuk mengenalpasti keluasan kasawan eco-pelancongan itu.</strong> <strong>"Exco kerajaan negeri telah membantah projek pengeluaran simen ini, kita akan mengeluarkan perancangan untuk satu pembangunan yang lebih memelihara alam sekitar di Merapoh.</strong> <strong>"Kini orang ramai dan pencinta alam sekitar tidak perlu bimbang lagi dengan nasib gua-gua bersejarah di Merapoh dan boleh tidur dengan nyenyak," kata Mohd Sharkar.</strong> Tanah di kawsan itu dimiliki oleh Bintang Tower sementara lesen pengeluaran simen diperoleho Lipis Cement sejak 1997 bagaimanapun projek itu tidak pernah dilaksanakan. Kebimbangan terhadap gua-gua batu kapur yang sudah berusia berjuta tahun du Merapoh kembali hangat selepas sebuah syarikt di Singapura ASN Cement menyuarakan minat mereka untuk melaksanakan projek sama di situ pada penghujung 2011 lalu. Mohd Sharkar berkata, kini pihaknya akan menyenaraikan kepakaran Persatuan Alam Semulajadi Malaysia (MNS) dan juga organisasi lain untuk membantu menghasilkan pelan pembangunan itu. Beliau berkata maklumat daripada mereka yang pakar amat penting untuk kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan berkenaan dengan betul. "Adalah amat penting untuk kita mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, saya akan bertanyakan maklumat daripada mereka yang pakar untuk melihat pemuliharaan gua dan spesis orkid di Merapoh," katanya. Pakar penjelajahan ekstrem yang juga Pengasas Laili Basir Event Adventure, Laili Basir sudah lama berjuang menyelamatkan gua di Merapoh daripada musnah akibat pembangunan tidak terkawal. Laili, dengan menggunakan wangnya sendiri menjemput pakar-pakar penjelajahan gua terhebat dunia untuk membuat tinjauan dan memetakan laluan gua-gua batu kapur di Merapoh dan mereka menemui beberapa penemuan penting melalui kempen Save Merapoh Caves. Menurut pakar pemetaan gua yang dijemput beliau, gua yang terdapat di Merapoh merupakan antara gua untuk penjelajahan gua yang terbaik di dunia dan kebanyakan daripadanya masih belum didokumentasikan. - <strong>mynewshub.my</strong> <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/P1230160.jpg"><img class="alignnone size-full wp-image-210325" alt="P1230160" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/P1230160.jpg" width="540" height="466" /></a> <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/P2190757.jpg"><img class="alignnone size-full wp-image-210327" alt="GuaTahiBintang" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/P2190757.jpg" width="540" height="474" /></a> <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/P2030827.jpg"><img class="alignnone size-full wp-image-210328" alt="OLYMPUS DIGITAL CAMERA" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/P2030827.jpg" width="540" height="474" /></a> Oleh : <strong>IBNU KHUSAIRY ARIS</strong>

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2014 09:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2014 09:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2014 09:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Feb 2014 09:25 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2014 09:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Merapoh</b> Merupakan Dasar Lautan 260 Juta Tahun Dahulu <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 06:26 AM PST



KUALA LIPIS - Fosil cangkerang dipercayai berusia 260 juta tahun ditemui di kawasan Sungai Yu, Merapoh.

Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui pada batuan di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh.

Menurutnya, fosil cangkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu lumpur adalah daripada jenis 'brakiopoda' yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

"Fosil ini lebih tua usianya berbanding fosil di Taman Emas, Lipis yang berusia 230 juta tahun ditemui pada 2011.

"Antara spesies brakiopoda dikenal pasti ialah Leptodus sp; Transennatia sp dan Spyridiophora sp," katanya.

Ahmad Rosli yang juga penyelidik dari Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kira-kira 250 hingga 260 juta tahun lalu, kawasan Merapoh dipercayai berada di dasar lautan dan kawasan itu menjadi tempat kehidupan laut purba yang primitif.

Menurutnya, haiwan primitif terbabit hidup berenang bebas di dasar lautan yang agak dalam dan beriklim panas.

"Hidupan ini mati dan kemudiannya tertimbus oleh enapan sedimen dan kekal terawet menjadi batu untuk beratus juta tahun lamanya.

"Proses geologi mengangkat dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang kita lihat pada hari ini," katanya.

Menurutnya, fosil cangkerang seperti itu turut ditemui di Padang Tengku; Aring; Sg Bera serta Felda Mayam dan ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga pernah dilitupi lautan pada masa itu.

"Fosil dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau," katanya.


BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2014 09:13 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Mar 2014 09:48 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Empat maut nahas bas dan kereta <b>di</b> Jalan Lipis-<b>Merapoh</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2013 03:06 AM PDT

Keadaan kerera yang terbabit dalam kemalangan meragut empat orang di Kilometer 17, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis tengah malam tadi.

KUALA LIPIS – Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan.

Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

"Pemandu kereta terbabit (identiti belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (identiti belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya.

Beliau berkata, semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2014 09:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jan 2014 09:32 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jan 2014 09:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 09:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

2121studio: Gua-gua <b>di Merapoh</b> (Merapoh Caves)

Posted: 19 Sep 2013 09:53 AM PDT

GUA-GUA MERAPOH (MERAPOH CAVES)



Alhamdulillah pada 3 hingga 5 Sept baru-baru ini, saya dan Sukairi telah berkesempatan untuk merakamkan gua-gua di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Selama 3 hari di sana, kami hanya dapat merakamkan 5 buah gua. Kerja-kerja kami dibantu oleh Laili Basir (Pengasas gerakan "SAVE Merapoh Caves") dan teman-teman beliau.

Saya merakamkan foto (still photo), manakala Sukairi merakamkan video dalam bentuk dokumentari.

Khabarnya ada 500 lebih gua ada di sekitar Merapoh, namun begitu sehingga hari ini, mereka telah menemui 100 lebih gua. Aktiviti meneroka dan menjelajah gua-gua di Merapoh berjalan dari masa ke samasa oleh pasukan sukarelawan pencinta gua "SAVE Merapoh Caves".  

Selama 3 hari di sana, kami berkesempatan merakamkan foto di Gua Tahi Bintang, Gua Seribu Cerita, Gua Air Mata Dayang, Gua Jinjang Pelamin dan Gua Hari Malaysia.

Ada gua yang kategori "santai" dan ada gua yang memerlukan keupayaan fizikal yang mantap untuk menjelajahinya. Setiap gua mempunyai keindahan dan keunikan yang tersendiri. Ada gua yang kering dan ada juga yang basah. Ada juga gua bersungai seperti Gua Hari Malaysia.

Pada hari pertama (3 Sept 2013), kami sampai di Merapoh dari Kuantan pada pukul 2.30 pm. Selepas makan tengahari dan melakukan persiapan, kami memasuki Gua Tahi Bintang pada pukul 4.45 pm dan keluar dari gua tersebut pada pukul 10.00 pm. Keindahan formasi di dalam gua tersebut memang memukau kami.

Berikut adalah beberapa foto Gua Tahi Bintang (Meteor Shower Cave)

. . 

Pada 4 Sept 2013 kami memulakan rakaman foto di Gua Seribu Cerita (Cave of Thousand Tales). Keunikan gua ini terletak pada lukisan orang asli kuno pada dinding gua tersebut. Gua ini dinamakan Gua Seribu Cerita kerana setiap orang yang melihat lukisan-lukisan di dinding gua tersebut akan mempunyai interpretasi atau fahaman berbeza terhadap satu-satu lukisan.



Video ringkas yang sempat saya rakamkan di dalam Gua Seribu Cerita.




Selepas Gua Seribu Cerita, kami ke Gua Air Mata Dayang. Ianya adalah gua yang ada kolam dari luar ke dalam gua. Di gua ini diadakan aktiviti "water rafting" ataupun "tubing". Kedalaman air di gua ini masih belum diketahui. Insyallah di dalam bulan Oktober yang mendatang, Laili Basir akan membawa pasukan penyelam professional untuk menyelam dan menjelajah gua ini.

Selepas shot di Gua Air Mata Dayang, kami berehat sambil minum petang di warung berdekatan. Seterusnya kami meneroka Gua Jinjang Pelamin. Gua ini juga sangat unik formasi-formasinya.

Di dalam Gua Jinjang Pelamin ini ada formasi seakan-akan menara berkembar KLCC. Ianya adalah stalactite dan stalagmite yang telah bercantum menjadi "pillar" atau "column".



Pada 5 Sept 2013, kami merakamkan Gua Hari Malaysia.


Gua ini dinamakan Gua Hari Malaysia kerana team sukarelawan "SAVE Merapoh Cavesmenjumpai gua tersebut pada 16 Sept 2012 iaitu pada hari sambutan "Hari Malaysia"

Ini adalah gua yang paling mencabar untuk merakamkan foto berbanding gua-gua yang sebelumnya. Untuk ke sana, kita perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4WD) dan berjalan sekitar 45 minit menyusuri Sg. Merapoh dan anak Sg. Merapoh.

 

Ini adalah salah satu lata yang akan kita temui semasa menyusuri anak Sg Merapoh menuju ke Gua Hari Malaysia.

Gua Hari Malaysia adalah gua yang bersungai di dalamnya (river cave). Untuk melakukan aktiviti fotografi di dalamnya, peralatan-peralatan fotografi kita mestilah disimpan di dalam "drybag". Pintu masuk ke gua tersebut adalah rendah dan kecil. Kita perlu merangkak untuk masuk.

Habli Basir di pintu Gua Hari Malaysia.

Di dalam Gua Hari Malaysia terdapat banyak air terjun dan jeram. Sepanjang perjalanan di dalam gua adalah "basah". Di bawah ialah air sungai yg mengalir dan dari atas air menitis seperti hujan yang tidak henti-henti. Ada tempat yang memerlukan kita berenang, ada tempat perlu meniarap dan ada tempat perlu memanjat menggunakan tali.

Air Terjun pertama yang akan kita temui di dalam Gua Hari Malaysia ialah "Merapoh Cascade". Ketinggian air terjunAir Terjun pertama  ini sekitar 4 meter, tetapi cabarannya ialah perlu mendakinya dengan menggunakan tali dan sewaktu mendaki dirintangi oleh arus deras air terjun itu.



Selepas melepasi "Merapoh Cascade" kita perlu berenang dengan menyusuri dan berpaut pada dinding gua dan selepas itu perlu menggunakan tali untuk melepasi air terjun kedua yang berbentuk lengkungan huruf "C" terbalik. Selepas itu perjalanan agak santai, namun basah sepanjang perjalananan.

Antara air terjun yg cantik di dalam Gua Hari Malaysia ialah "Laili Cascade".

Beginilah antara suasana di dalam Gua Hari Malaysia yang sempat saya rakamkan.

 

Bermula jam 10.00 pagi dan sekitar 5.15 petang baru kami keluar dari Gua Hari Malaysia. Pengembaraan gua yang sungguh menakjubkan. Kepada peminat gua, anda mesti datang ke sini.


Selepas keluar dari gua saya merakamkan flora yang ada di sekitar gua, antaranya ialah Rhizanthes lowii (Beccari) Harms (Rafflesia- ceae) atau nama tempatannya ialah Padma Tikus tumbuh melata di sekitar Gua Hari Malaysia. Ianya adalah bunga rafflesia yang terkecil di dunia.



Sewaktu saya merakamkan bunga ini, malangnya tiada yang baru kembang. Mudah-mudahan dikunjungan akan datang saya akan bernasib baik untuk merakamkan bunga ini sedang berkembang mekar. Insyallah.

Ada banyak lagi flora dan herba di sekitar gua ini. Disebabkan hujan gerimis mula turun maka tidak banyak yang dapat saya rakamkan. Ini antaranya, sila klik foto untuk paparan yang lebih besar.

  

Inilah sedikit perkongsian pengalaman dan foto-foto beberapa gua di Merapoh yang sangat indah dan unik. Malangnya sebahagian gua-gua di Merapoh akan diletupkan oleh kilang simen yang bakal dibina di sana. Semuga kita sama-sama membantu gerakan "SAVE Merapoh Caves". Semuga gua-gua ini dapat diselamatkan.

Kepada sesiapa yang ingin menyertai dan membantu gerakan menyelamatkan gua-gua di Merapoh boleh berhubung dengan Saudara Laili Basir. Begitu juga kepada yang berminat untuk menjelajahi gua-gua di Merapoh sila berhubung dengan Laili Basir.

Sama-sama kita doakan semuga gua-gua di Merapoh berjaya dipelihara dan anak cucu kita nanti boleh mendapat manafaat darinya. Amin.

Video oleh Laili Basir sewaktu "Malaysia - Crotia Scientific Expedition" di Gua Hari Malaysia.



Laili Basir juga ada menulis secara lebih terperinci berkenaan gua-gua di Merapoh. Sila luangkan masa untuk membaca BLOG beliau.


MARI BERSAMA-SAMA SELAMATKAN GUA-GUA DI MERAPOH.





 

 




<b>MERAPOH</b> ADVENTURES(1)- PENGEMBARAAN YANG DAPAT <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2014 03:03 AM PDT

Berkumpul semula di Kuala Lipis.
Berkumpul semula di Kuala Lipis.

Berkumpul semula di Kuala Lipis.

21 Mac (Jumaat)

Mengikuti sebuah ekspedisi khas berkenaan produk pelancongan yang di anjurkan oleh Aktivis TEH TARIK BERSAMA YB baru baru ini. Lokasinya adalah di Sempadan Kuala Lipis- Gua Musang. Kg Merapoh terletak berhampiran dengan Taman Negara Sungai Relau. Kami berkumpul di sebuah stesen minyak di Taman Melati pada pukul 2:30 petang sementara menanti kehadiran semua dan berkonvoi bersama sama ke destinasi. 12 orang aktivis dari media sosial yang akan mengambil bahagian kali ini. Di samping itu terdapat juga seorang 'Travel Blogger'yang popular dengan show "The Road Less Travel " yang akan turut serta mengikuti explorasi ini. MODE: Tak Sabar.

3:43 ptg – Kami masih lagi di lokasi menunggu memandangkan ada 2 buah kereta yang belum tiba. Kereta yang di pandu oleh Suzanna terpaksa singgah di bengkel untuk di gantikan brake pad manakal kereta Faizal dan Lis sedang menanti beberapa peralatan yang belum siap di cetak untuk dibawa bersama. Jadi kami telah memutuskan untuk meneruskan perjalanan dan akan menanti di Bentong.

4:30 ptg – Berkumpul semula di Bentong di sertai oleh 2 kereta yang lewat tiba. Laju betul Suzanna memandu! Tanpa melenggah kami terus memandu dan berhenti di perhentian seterusnya iaitu di Kuala Lipis (stesen minyak Esso) Mat Salleh Blogger yang bersama kami, Shane Dallas yang sejak dari awal lagi gelisah tiba tiba berubah wajah. Email yang baru di terimanya adalah perkabaran gembira yang sedang di nanti natikannya. Beliau menerima tawaran untuk menyampaikan Tourism Talk di atas sebuah persiaran mewah dunia " Celebrity Cruise"yang akan membawa selebriti selebriti terpilih dunia untuk bercuti di atas kapal mewah ini. MODE: Gembira tapi Lapar!

8:00 mlm: Tiba di Stesen Minyak Caltex Kg Merapoh, perjalanan adalah sedikit terganggu oleh kehadiran lori lori yang membawa kayu balak dan ini menyukarkan kami untuk memotong atau menyelit di tepi. Kepakaran serta skill F1 rakan rakan seperti Boy Megi, dan Diney Rashid akhirnya terbatas. Ada beberapa kereta yang bertindak berani memecut dalam keadaan yang tidak menentu. Biar lambat asalkan selamat itu pesan Arwah Nenek ku. Namun begitu, ada juga yang merasakan perjalanan ini adalah "sekelip mata" Afzal tidor dengan nyenyaknya sepanjang jalan dan terjaga apabila tiba di destinasi..(well done co-pilot) MODE: Happy but masih lapar.

8:15: Tiba di Club House Merapoh, kami di sambut oleh Saudara Habli Basir,Zuki dan Ali Setan guide guide gua yang berpengalaman. Aktivis utama di Merapoh Sdr Laili tidak dapat hadir kerana anak beliau sakit dan terpaksa bergegas ke Hospital Kuantan. Makanan malam yang sudah tersedia di meja utama seolah memanggil kami untuk menjamah (melantak) Shane Dallas yang agak cerewet pada mulannya mengenai makanan nampaknya makan penuh berselera apabila di jamu ikan patin masak lemak tempoyak dan tilapia bakar. Saya makan agak bersederhana untuk memastikan tidor saya nanti tidak terganggu. Saya bersetuju dengan Boy Megi apabila beliau mengatakan bahawa perasaan ketika itu umpama suasana Balik Kampung!

9:00 mlm – Memandangkan ini merupakan expedisi kami yang kedua, jadi kami sudah tahu bilik tidur masing masing dan keperluan asas yang di perlukan. " Cikada" sejenis serangga yang mampu mengeluarkan bermacam macam bunyi seolah olah menyambut kedatangan kami kembali kesana. Sudah semestinya untuk kami bertiga (Faizal dan Boy Megi) akan menarik tilam dan bantal untuk tidur di ruang tamu yang lebih nyaman. Namun malam masih muda dan saya menunggu detik 11 malam untuk menikmati mandi malam yang sangat sejuk dan menyegarkan. Bagi menambahkan kecerian, saya telah membawa khas sabun nostalgia untuk semua yang biasa tinggal di Kampung iaitu "Popinjay" untuk memenuhi aroma badan semasa di sana. Yesss!

10:00 mlm – Kami mula berbincang mengenai persiapan untuk ke ekspedisi gua keesokan harinya. Ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk mendapatkan jenama "COLUMBIA" yang terbaik. Sudah semestinya Lis Faisal akan menjadi model khas kali ini. Peralatan BoyReza juga agak canggih dan serba lengkap sepertimana nak pergi berperang. Adakah Boy Megi akan pakai Pelikat Pants yang baru di belinya itu untuk ekspedisi kali ini? SHANE yang enggan mandi telah meminta izin untuk tidur dahulu manakala Afzal sudah tidur tanpa izin. Linda yang senyap selepas makan mungkin sedang warm up di dalam bilik untuk memastikan kecergasannya di tahap maksimum ( dia merupakan jaguh yg berjaya melepasi halangan gua yang paling sukar iaitu Gua Hari Malaysia mengalahkan Shook 1Agenda)

1:00 pagi – Saya , Boy dan Faizal sedang bersembang kosong di meja luar sambil menikmati angin pagi yang sihat. Perasaan hampa sedikit apabila Boy terlupa untuk membeli megi tomyam yang lazimnya jadi hidangan kami pada waktu begini. Terbayang -bayang di fikiran kami andainya ada kedai yang berhampiran untuk kami makan lagi. Tiba -tiba Faizal bertanyakan soalan Bonus samada kami nak makan Koteow goreng atau tidak? Too Good To Be True.. tetapi Faizal Mustafa sebagai ex Pengakap yang sangat cemerlang rupanya ada membawa dapur mobile beserta dengan koteow dan semua peralatan lengkap. Segala nya tersimpan di bonet belakang KIA SORENTO nya yang berplat NX10. Umpama Chef yang pandai berkung Fu, Koteow Mobile untuk 3 pinggan berjaya di siapkan beliau dalam masa 3 minit(termasuk potong sayur) Kami sungguh kagum dengan Chef Faizal dan berjanji tidak akan tinggalkan beliau lagi dalam mana mana acara sebegini. Koteow yang paling sedap yang pernah kami makan pada waktu pagi ini. Bahan -bahan bukti juga telah kami sembunyikan kembali kedalam kereta agar tidak di ketahui oleh isterinya. MODE: KENYANG DAN RIANG!

2:00 Pagi- Masa untuk tidur, Saya terpaksa pastikan semua ahli ahli sudah selamat tidur dan tidak mengigau. Di ruang tamu kelihatan Afzal sedang tidur atas lantai jadi kami terpaksa sorongkan tilam di bawahnya. Umpama ikan gelama yang mabuk , akhirnya Afzal berjaya di tilamkan. Bilik 4 saya menyaksikan Shane sedang tidur separuh bogel, mujurlah Boy Reza kurang nampak. Yang lain saya assume OK! MODE: SAFE,SLEEP AND SOUNDLY!

3:45 – Aku sorang yang masih tak boleh tidur, kerana duduk adalah posisi tidurku, maka aku terpaksa tidur di depan pintu utama sambil memantau pergerakan mereka ke bilik air.Pada ketika ini,"Cikada" bertindak kurang ajar kerana telah memainkan nada ala hantu langsuir dan aku tertidur dalam ketakutan..(siot punya Cikada)

( Next- the adventure begin)

berkumpul di Taman Melati.

berkumpul di Taman Melati.

Marshall utama yang tahu jalan.

Marshall utama yang tahu jalan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved