ads

Ahad, 13 April 2014

06 di nenasi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di nenasi - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2014 03:44 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2014 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2014 03:01 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2014 03:01 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Feb 2014 03:13 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Feb 2014 03:35 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Feb 2014 03:22 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2014 03:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jan 2014 03:08 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dua Rakan Maut Kemalangan <b>Di</b> Jalan Pekan-<b>Nenasi</b>

Posted: 16 Jan 2014 12:00 AM PST

PEKAN - Perjalanan dua lelaki menguruskan kerja harian mereka berakhir selepas terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Pekan-Nenasi berhampiran Kampung Tanjung Batu, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Nazir Mohd Yusoff, 36, dari Batu 9, Kampung Sungai Miang maut di tempat kejadian selepas lori lima tan jenis Isuzu yang dipandu sendirian dari arah Pekan ke Rompin bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang turut membawa muatan minuman keras.Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas pacuan empat roda yang dipandu Yeo Kee Wah, 29, dari arah Nenasi terbabas, lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu Mohd Nazir. "Rempuhan kuat dari arah depan kedua-dua kenderaan berlaku ekoran pacuan empat roda terbabas secara tiba-tiba dalam jarak dekat menyebabkan pemandu lori berkenaan tidak dapat mengelak dan terbalik ke sebelah kanan jalan. "Kemalangan teruk itu turut menyebabkan Yeo yang beralamat di Jalan Besar, Kuantan maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan," katanya ketika ditemui. Yahaya berkata, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian depan dan sebelah kanan. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #selanjutnya

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2014 03:02 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Nov 2013 03:26 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warga Myanmar edar dadah kepada nelayan | The Malaysian Times

Posted: 25 Oct 2013 12:12 AM PDT

PEKAN, 25 Okt: Polis percaya telah melumpuhkan satu kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warga asing di Nenasi, dengan tertangkapnya seorang lelaki Myanmar di ladang kelapa sawit Kampung Serun dekat Nenasi semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Osman berkata polis turut merampas 207 gram heroin bernilai lebih RM10,000 daripada lelaki itu yang ditangkap dalam serbuan pukul 4.50 petang, lapor Bernama.

"Ketika serbuan, suspek yang berusia 30-an itu sedang menjalankan urus niaga dengan beberapa individu dan cuba melarikan diri selepas menyedari kedatangan polis," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Yahya berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Phew Meow Mea, Myanmar memasuki negara ini secara haram dan bekerja sebagai nelayan selama lapan bulan di kawasan Endau sebelum terbabit menjual dadah.

"Polis percaya suspek aktif mengedar dadah di kawasan Nenasi dan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada nelayan.

"Kita juga percaya dengan tangkapan ini polis berjaya melumpuhkan satu daripada rangkaian pengedaran dadah yang didalangi oleh warga asing di kawasan ini dan sedang mengesan rangkaian lain yang berkemungkinan lebih besar," katanya.

Katanya suspek kini ditahan reman sehingga 31 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut 39B Akta Dadah Berbahaya.

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2014 03:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 03:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tiga nelayan dari Kampung Merchong, <b>Nenasi</b> dikhuatiri hilang <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2013 12:39 AM PST

PEKAN – Tiga nelayan dari Kampung Merchong, Nenasi di sini dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di laut pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supritendan Yahaya Othman berkata, ketiga-tiga nelayan itu ialah Mohamad Sharil Zulkifli, 28, Mohamad Isa Awang Ngah, 48, dan anaknya Mohamad Asri, 17.

Katanya laporan polis dibuat isteri Mohamad Sharil, Norhafizah Abu Bakar pada pukul 8.33 malam tadi apabila suaminya bersama dua yang lain tidak pulang ke rumah setelah keluar menangkap ikan pada 5.30 pagi semalam.

Pengadu mendakwa ketiga-tiga mangsa keluar menangkap ikan menggunakan sebuah bot fiber yang merupakan bot nelayan dari jeti Sungai Merchong.

"Kebiasaannya, nelayan-nelayan sekitar Nenasi akan keluar awal pagi dan dijangka pulang lingkungan pukul 12 tengah hari dan bila mangsa tidak pulang, pengadu membuat laporan kerana bimbangkan keselamatan mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yahaya berkata, insiden itu telah dimaklumkan kepada Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk tindakan mencari mencari dan menyelamat. – Bernama

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Aug 2013 03:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jul 2013 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jul 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jul 2013 03:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jul 2013 03:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2013 03:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2013 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 17 May 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2013 03:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 03:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Feb 2013 03:41 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Feb 2013 03:26 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Madu Lebah Jati: Kelat <b>Nenasi</b>: Idaman Serangga Penghisap Madu

Posted: 16 Feb 2013 04:21 AM PST

Syzygium zeylanicum atau pernah dikenali sebagai Eugenia spicata tergolong dalam famili Myrtaceae, kumpulan pokok jambu, dan dikenali dengan nama tempatan kelat nenasi atau gelam tikus. Spesies ini boleh ditemui di kawasan pantai, pinggir sungai, dan hutan sekunder, namun jarang didapati di kawasan hutan pergunungan. Syzygium zeylanicum merupakan sejenis pokok renek dan jarang tumbuh melebihi ketinggian 18 m.
Pokok ini menghasilkan bunga dan buah yang berwarna putih, kelihatan seolah-olah diliputi salju. Kelat nenasi mempunyai bentuk yang kemas serta batang pokok yang berwarna coklat kemerah-merahan, menjadikannya menarik sebagai pokok hiasan dan sering ditanam di pinggir-pinggir jalan. Buahnya adalah mirip beri-beri putih yang kecil dan manis yang digemari oleh burung, tupai, haiwan pemakan buah yang lain dan juga manusia. Apabila berbunga, kita dapat melihat bunga-bunganya dikelilingi oleh pelbagai jenis serangga penghisap madu. Pucuk daunnya yang berwarna hijau muda dikeluarkan sejurus selepas proses pembuahan berakhir.
Di FRIM, pokok ini dapat ditemui di Taman Botani Kepong. Selain kecantikannya, pokok ini juga memberi manfaat kepada manusia dalam nilai ekonomi, batangnya yang berwarna coklat boleh dijadikan bahan bakar dan digunakan untuk membina bot, manakala daun dan akarnya digunakan dalam perubatan tradisional. Pokok ini mudah ditemui dan tersebar luas di seluruh Malaysia, Sumatera, India, China, Myanmar, Thailand dan Singapura.
Disiarkan pada 13 Ogos 2012. Suhu mingguan diramal antara 24°-33° C, hujan dan ribut petir di sebelah petang.
Disediakan oleh Nor Azlin, M. F. Gambar oleh Zawiah, N. dan Nor Azlin, M. F.

consultant - sangkar ikan siakap & tilapia <b>di nenasi</b> <b>...</b> - aqua hatchery

Posted: 03 Dec 2012 08:44 PM PST

[unable to retrieve full-text content]ORGANISASI: Kumpulan Belia Nenasi (KUBENA), Pahang. Pada 18 - 20 November, syarikat kami iaitu ALAM NASYRAH ENT. telah dilantik sebagai konsultan bagi projek ikan sangkar oleh Kumpulan Belia Nenasi ...

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Feb 2013 03:23 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Feb 2013 03:02 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jan 2013 03:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2013 03:03 PM PST

[unable to retrieve full-text content][unable to retrieve full-text content]KEBAKARAN KEDAI MAKAN DAN RUMAH KEDIAMAN DI NENASI PADA 25.1.2012. 'Malang memang tidak berbau.' Itu lah saja ungkapan yang sering dapat kita katakan jika berlaku ...

HalalSolution: Bab 7 : Perjalanan <b>Nenasi</b> Ke Kuantan

Posted: 07 Jul 2013 11:24 PM PDT

Perjalanan Nenasi Ke Kuantan
Setiap pagi jam 7.00 pagi aku sudah keluar dari rumahku di Nenasi menuju ke tempat kerja ku di kuantan. Jarak perjalanan lebih kurang 93km sehala dan sehari aku menempuh perjalanan hampir 186km. Walaupun begitu bukan hari-hari aku berulang-alik dari nenasi ke kuantan. Jadual aku setiap hari Isnin – Rabu semestinya berulang-alik. Malam Khamis dan Jumaat biasanya aku akan tidur di Maahad Tahfiz Darul Izzah di Bandar Damansara Kuantan.

Paling lewat aku akan keluar dari rumah adalah 7.20. Kalau lewat dari itu sudah pasti kehadiran ku ke pejabat memang lewat. Perjalanan dari Nenasi di awal pagi, amat tenang, menyusuri 

LARA: Syawal 2013 <b>Di</b> Pekan <b>Nenasi</b>, Pahang.

Posted: 18 Aug 2013 05:30 PM PDT

Alhamdulilah, tahun ni kali ketiga beraya sebagai seorang isteri dan kali kedua sebagai mak orang. Tahun ni lagi seronok sebab anak dah pandai berjalan, berlari, merayap hahaha. Tapi memang berbeza raya sebelum ada anak dan selepas ada anak. Apa-apapun syukur sebab masih berpeluang merasakan saat2 indah ini.

Tahun ni giliran beraya hari raya PERTAMA di kampung suami.

Macam biasa, kitorang memang apply sistem giliran, walau apapun terjadi, Insya Allah akan cuba juga mengikut giliran ni sebab ni penting. Kalau boleh, kitorang nak adil dan tak memberat ke salah satu famili je. Bagi kitorang, kedua belah famili sama penting :)

Memandangkan aku tak bekerja, maka isu cuti bukan lagi satu masalah. Masa kerja dulu, nak submit cuti punya debor macam nak pergi mana je, debor sebab takut cuti tak approve atau debor takut partner relief pun nak cuti pada masa yang sama. Pastu kena gaduh(masuk bilik bos dan bagitau reason kenapa nak cuti juga pada masa tu) huh.

Suami amik cuti sebelum raya ( isnin-rabu )

Jadual planning Raya untuk tahun ni :)
sabtu-isnin :  KL (settlekan persiapan terakhir sebab kitorang tak ada masa nak buat preparation awal :)
selasa : gerak balik ke Pahang(kampung suami),dekat waktu berbuka baru sampai 
rabu : pahang
khamis : pahang
jumaat : gerak balik ke melaka :) , sampai melaka dalam kul 8 malam huh
sabtu : melaka
ahad : gerak balik kl (mlm)

nampak macam lebih ke Pahang kan? sebabnya masa bulan puasa, kitorang langsung tak balik sana, maka gantilah dengan sehari lebih :) Melaka kurang sikit tak apa sebab awal ramadhan hari tu kitorang dah balik sana.

Macam biasa, mil dan fil aku ni kalau semua anak dia balik, diorang rajin memasak yang best-best. Antaranya, mee kari, ketam masak lada kot?, sambal udang dna petai, bubur lambuk, sate. Ahhh, sedap gilerrr.

1 Syawal 2013

Hari raya pertama kami dimulakan dengan BLACKOUT! hahaha. bukan yang Anwar Ibrahim tu, tapi memang blackout kaw-kaw punya. Selama ni tak pernah lah lama macam tu. Dari kul 6 pagi sampai kul 3 petang kot. Nasib lah raya kan. Gigihlah sarung baju kurung lagi. tapi serius, macam tak tercela pun raya kitorang even berpanas camtu.

Lagi sadis, malam tu adik ipar aku gosokkn baju untuk satu famili. Semua pass baju dekat dia. Aku tak la. Sebab macam apa pula kan. Laki aku pun dah siap pass baju jubah dia kat adik dia. Aku kononnya nak tunggu pagi baru nak iron kan. Haaa hambek lah ko. Sampai ke sudah, aku dan Iman pakai baju tak bergosok.

Hahaha.

Meroyan kejap aku dekat suami. hahaha.

nenasi2
orang paling excited beraya.

Mamat ni malam raya tidur kul 3 pagi hokeyy. tu pasal mata aku ada macam panda sikit. kekeke. Saja nak salahkan Iman, padahal aku tido kul 4 disebabkan nak manikkan baju raya aku tu. Sadis ok, aku sibuk sepanjang ramadhan(alhamdulilah) siapkan baju customer, sampaikan nak jahit manik untuk baju sendiri pun tak ada masa, masa yang ada malam raya tu jela. Mana lagi nak patch borderlace n manik lagi kan. pasrah. Dah tu anak pun nak tidur lambat. Sibuk lah aku bergaduh dengan dia sebab dia nak manik2 tu utk diterabur kan:"(

nenasi3
tak sabar betul nak keluar rumah.

nenasi4
terkedek-kedek berjalan follow cousin2 dia. tak nak berpimpin langsung ok. nak jalan sendiri.

familiku2
Kami. Iman saje la tu taknak pandang kamera

nenasi5
iman bersama famili belah papa :) Iman lah orang paling bz.

Iman orang yang paling bz. Nasib baik ramai boleh jaga. Kalau tak kejap-kejap dia nak keluar rumah. Kelakar ok bila aunty, makteh ayahteh dan uncle dia kejap-kejap kena dukung dan kejar dia. hahaha. Tapi semua tak larat pun nak dukung lama2.

Paling mencabar, malam raya tu, kat dapur sibuk masak ketupat dan nak bakar sate, Iman kejap-kejap nak pergi dapur nak main api masak ketupat tu. Aku ulang- MAIN API ok -_-' padahal dapur tu punya la berliku jalannya, biasalahkan rumah ala kampung, tapi budak kecik ni boleh pula ingat jalan. Eh aku citer macam berliku sangat rumah tu. Tak lah. Sape ade umah kampung tu, fahamlah kot maksud aku. Sebab orang kampung ni, diorang tak bina rumah sekaligus. Dia tambah sikit demi sedikit.

Contoh kalau anak nak kawen, haa dia binalah sebuah bilik lagi untuk anak tu. Lainkali nak kenduri lagi, naik lagi sekawasan sambung ngn rumah sedia ada, gitu lah.

Iman ulang alik ke dapur lebih 10 kali kot. Nasiblaaa mak pak sedaranya melayan. Hahaha. Budak baru nak kenal dunia, bukan reti takut apa. Kalau dilarang pun, tak adanya dia heran *redhoo jela.

2 Syawal : Bergerak pulang ke Melaka.

Tapi dalam kul 4 petang baru kitorang gerak. Sebab hari tu, ada buat kenduri tahlil dan makan-makan dekat rumah arwah nenek suami aku. Semua mak pak sedara serta cousin dia berkumpul dekat situ. Kitorang sibuk berkemas dan lepas husben balik solat jumaat, baru kitorang bergerak ke rumah pantai. Memang rumah tu terletak dekat pantai.

Setiapkali balik sana, pantai adalah tempat paling aku nak tuju. wahaha. Best sebab bersih dan tak tercemar. Kali ni pun sempat lagi kitorang pergi. Tu dalam entri lainlah aku buat ek. Macam banyak sangat pula pic nak dimasukkan dalam satu entri. Jadi macam serabut sikit.

969397_10201326452499022_1339513460_n
bersama fil,mil dan sil :)

1146584_10201353314210548_1336188326_n-1
2 Syawal 2013- tak ada nak sedondon. tema, pakai apa saja.hihi.

Ok, itu jela kot cerita raya di kampung suami. Aku tulis untuk rekod dan kenangan :)

nenasi1
CANDID! hahaha.

Bila dah ramai, bukan senang nak dapat pic satu famili dengan memasing muka elok. Hahahah. Nasiblah kan.

nenasi1a
baru ok. Cuma anakku tak pandang kamera, nasiblaaa kan.

Semuanya berjalan lancar. Tak ada adegan sentap ke apa. Orang suap makan pelik2 dekat anak aku pun tak ada, btw aku bukan jenis obses ok, hehe. Tapi tak ada pun yang nak suap-suap.

Oh yea orang komen pasal aku 'gemok' pun tak ada. (Puasa hari tu berat aku 63kg, sekarang 65kg . ohoooi. nak turun  2kg tu sikit punya susah, nak tambah tak payah nak susah payah pun, sobssss)

so aku sungguh happy. Semuanya baik-baik belaka. Best sebab ada mr.little gentleman ni, Ziyadh Iman, itu yang paling utama :) Dia sorang je baju raya berpasang-pasang.

p/s : Sampai hari ni aku teringat-ingat lagi sambal belacan mix mangga yang mak sedara husben buat. Sedap, pedas dan hmmmm, aku makan tambah 3 kali. Wahahaha.okbye.

kem interaksi pemimpin muda 2.0 smk <b>nenasi</b> - kelab in-smartive

Posted: 24 Feb 2014 12:00 AM PST

KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA 2.0 SMK NENASI
Pada 14 Februari hingga 16 Februari 2014, telah berlangsungnya Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) bagi para pemimpin Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi, Pekan, Pahang yang telah dikelolai oleh Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP). Seramai 96 orang peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya yang berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun terlibat dalam kem ini. Hasil kerjasama daripada fasilitator Kelab In-Smartive, pihak sekolah dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kem ini telah berjaya melabuhkan tirai setelah selama 3 hari 2 malam kem ini berlangsung. Untuk makluman, kem ini sebenarnya telah diadakan sebelum ini dan setelah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk berkolaborasi bersama Kelab In-Smartive, kem ini sekali lagi diadakan untuk kali kedua.  
Kem IN-TEAM ini bertujuan untuk mendidik para pelajar supaya menjadi pemimpin yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin di samping meningkatkan keyakinan diri dalam diri para pemimpin muda ini. Para peserta diberikan pilihan untuk memilih beberapa barang amanah yang telah disediakan dan setiap para peserta diberikan satu tag nama yang akan dipakai dan akan menjadi ganti nama mereka sepanjang program ini berlangsung. Tidak hanya itu, para peserta juga telah diberikan pilihan untuk menyerahkan atau menyimpan sendiri barang-barang berharga seperti jam tangan, telefon bimbit atau barangan elektronik mereka.
Setibanya di tapak persekolahan SMK Nenasi, kedatangan kami disambut mesra oleh guru-guru SMK Nenasi. Seterusnya, kami dibawa ke dewan terbuka sekolah tersebut untuk melanjutkan agenda kem ini iaitu majlis penyerahan pelajar secara rasmi kepada kelab In-Smartive yang telah diadakan oleh wakil pihak pengurusan SMK Nenasi.


Selesai sahaja Majlis Penyerahan, satu taklimat kursus telah diberikan oleh Saudari Amanina Farhana yang merupakan Pengurus Projek In-Smartive untuk kali ini kepada para peserta. Pada ketika ini, para peserta diterangkan berkenaan kod etika, ketetapan masa, disiplin dan slogan pendekatan yang akan diaplikasikan sepanjang kem iaitu "One for All, All For One". Namun demikian, untuk memberi kelainan pada program yang pernah dilakukan sebelum ini, sedikit penambahan telah diadakan iaitu konsep "Pilihan & Berdikari".
Tak Kenal Maka Tak Cinta merupakan slot pertama bagi kem ini. Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan fasilitator kepada para peserta. Konsep pilihan diberikan kepada peserta untuk memilih fasilitator pilihan mereka. Seterusnya, para peserta di bahagikan kepada 10 kumpulan kecil di mana fasilitator yang dipilih sebentar tadi akan menemani mereka sepanjang kem ini dijalankan. Selepas itu mereka diberikan sedikit masa untuk lebih mengenali ahli kumpulan dan juga fasilitator dengan lebih rapat. Sejurus tamat, para peserta telah dilepaskan untuk menunaikan solat asar dan menikmati sedikit kudapan.
Pada sebelah malamnya pula, sesi diteruskan dengan perlantikan penghulu dan penghuluwati. Mereka akan diberikan amanah dan tanggungjawab untuk memastikan anak buah mereka berada dalam keadaan terkawal. Untuk sesi ini, para peserta diberi pilihan untuk melantik atau sukarela menawarkan diri untuk menjadi penghulu dan penghuluwati. Pelantikan ini dimulakan dengan cadangan, manifesto, pengundian dan akhir sekali ialah penubuhan kabinet.
Sesi "Bandage" diteruskan dimana setiap kumpulan diminta mencipta logo kumpulan masing-masing yang melambangkan identiti kumpulan mereka. Beberapa kumpulan telah dipilih untuk membuat pembentangan dan menampilkan kreativiti masing-masing. Setiap bentuk, warna dan lakaran mempunyai rationalnya. Tujuannya adalah untuk menjadikan para peserta dapat berfikiran secara kreatif disamping sedar akan tanggungjawab menjaga amanah. 'Cheer' juga tidak ketinggalan untuk  membakar semangat setiap kumpulan untuk saling bekerjasama. Sebelum terlupa, para peserta juga telah membuat satu bendera untuk mewakili semua.
Seterusnya, fasilitator menerangkan skop tugasan kepada para peserta. Di sini, para peserta dapat mengetahui pertimbangan yang mendalam sangat diperlukan sebelum membuat keputusan disamping perlunya berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan mengimbau kembali sepanjang aktiviti seharian mereka supaya dapat diperbaiki pada keesokannya. Sebelum para peserta dilepaskan ke bilik penginapan masing-masing dan makan malam, "Warkah Cinta Buatmu Sahabat" telah diadakan di mana mereka perlu berutus surat antara mereka.
Seawal jam 0500,  para peserta bersedia untuk qiammulail. Selesai qiammulail dan solat subuh berjemaah, mereka dijamukan dengan sarapan pagi dan bersedia bergerak ke UMP Kampus Pekan untuk sesi "Explorace". Pada jam sekitar 0730 para fasilitator dan peserta bergerak ke UMP Kampus Pekan dan tiba sekitar jam 0830 dengan menaiki 4 buah bas. Memandangkan cuaca pada ketika itu tidak berapa baik, sesi explorace ditangguhkan sementara, dan diteruskan sekitar jam 1030. Sebelum itu, taklimat ringkas oleh Saudari Maisal selaku PIC "Explorace" diadakan untuk mengingatkan peserta tentang keselamatan sepanjang berada di dalam kawasan UMP.
Aktiviti explorace meliputi seluruh kawasan UMP Kampus Pekan dimana terdapat 10 checkpoints yang telah disediakan. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan semangat berpasukan, kepantasan dan kekreatifan setiap pasukan menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan oleh para fasilitator di setiap checkpoints. Di samping itu, para peserta juga dapat melihat dan merasai cara hidup sebagai seorang mahasiswa.
Aktiviti "explorace" tamat pada seawal jam 1700. Walaupun setiap tugasan yang dikenakan agak mencabar, namun mereka tetap bersemangat dan berusaha dengan sedaya upaya untuk menghabiskan kesemua checkpoints yang telah disediakan tanpa mempamerkan rasa penat mereka malah semakin bersemangat walaupun mereka terpaksa berlari merata-rata semata-mata untuk menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Hal ini demikian secara tidak langsung dapat memupuk sikap bersaing secara positif sesama mereka untuk menjadikan kumpulan mereka di antara yang terbaik.Setelah selesai solat asar berjemaah, dan menikmati juadah di dalam talam, fasilitator dan para peserta bergerak pulang ke SMK Nenasi.
Pada sebelah malam, slot diteruskan dengan sesi Bursa Saham dimana setiap peserta dibahagikan kepada dua syarikat iaitu syarikat A dan B. Bursa Saham merupakan satu slot yang melatih para peserta untuk mengetahui kepentingan kerjasama dan kepercayaan yang utuh di dalam organisasi. Selain itu, slot ini juga dapat menguji sifat kejujuran dan kelincahan dalam bekerja secara berkumpulan. Slot ini juga merujuk kepada situasi sebenar cabaran dalam kerjaya.
     Slot seterusnya diteruskan dengan slot "Cheer War" dimana para peserta dapat menunjukkan bakat, kreativiti dan kepantasan kumpulan masing-masing untuk memprovokasi kumpulan yang lain.

Kemuncak pada malam tersebut adalah sesi Muhasabah Diri yang dikendalikan sendiri oleh Encik Wan Nazrul Helmy selaku penasihat Kelab In-Smartive. Sesi ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengisian rohani kepada para peserta. Pelbagai permainan emosi telah melanda para peserta pada malam tersebut. Dalam keadaan genting, mereka sekali lagi diberikan lagi pilihan untuk memilih samaada mahu menyerahkan barang amanah mereka ataupun fasilitator mereka yang terpaksa menerima hukuman di atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Hal ini secara tidak langsung dapat membuatkan mereka merenung kembali kekhilafan diri dan seterusnya menginsafi diri mereka. Di samping itu, mereka diberikan pendedahan tentang cara penyelesaian masalah apabila berada di tahap yang kritikal.
Pada hari terakhir, para peserta meneruskan satu lagi sesi iaitu Resolusi. Sesi ini dilakukan secara santai bagi mendengar pendapat dan luahan hati mereka mengenai program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Pelbagai luahan dan pendapat telah didengari daripada para peserta Kem Interaksi Pemimpin Muda SMK Nenasi. Setelah selesai slot resolusi, penasihat Kelab In-Smartive telah menggulungkan dan merasionalkan segala tindakan dan slot yang dijalankan sepanjang program. Slot ini amatlah penting untuk memberi kesedaran tentang ketegasan dan menjadi tunjang utama program ini adalah untuk melatih para pemimipin supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang kuat dan apabila mereka tamat sahaja program ini. Mereka boleh mempraktikkan apa yang telah mereka belajar sekiranya mereka menempuh sebarang masalah dan sekali gus dapat menyelesaikannya dengan bijak.
Malah konsep "One For All, All for One" serta Pilihan & Berdikari sebenarnya bukan sahaja diterapkan ketika program tetapi sebagai satu badan kepimpinan, sikap dan budaya saling bekerjasama terutamanya dalam satu organisasi untuk memastikan kerja dapat dilaksanakan dengan lancar. Pada jam 1100, sesi Hati Ke Hati telah dijalankan. Slot Hati Ke Hati ini bertujuan untuk memberi ruang kepada para peserta untuk memberikan maklum balas dan penilaian mereka terhadap perlaksanaan kursus ini secara keseluruhan. Pada sesi kali ini, para peserta dan fasilitator kumpulan masing-masing saling bertukar surat dimana terdapat kata-kata hikmah ataupun ucapan terima kasih sebagai penghargaan masing-masing sepanjang program ini berlangsung.

Pada jam 1230 Majlis Perasmian Penutup Kem Interaksi Pemimpin Muda SMK Nenasi telah diadakan. Majlis perasmian berjaya dilaksanakan yang dikendali sendiri oleh wakil pemimpin muda SMK Nenasi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan penghulu bagi mewakili semua para peserta yang lain dituruti dengan ucapan penghargaan daripada penasihat In-Smartive dan disudahi dengan ucapan wakil guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Akhir sekali, sesi penyampaian cenderamata kepada semua wakil kumpulan pemimpin muda SMK Nenasi sebagai penghargaan kepada mereka semua di atas kerjasama mereka sepanjang program berlangsung. Majlis diteruskan dengan tayangan montaj sebagai tanda berakhirnya program Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) SMK Nenasi untuk kali kedua. Majlis melabuhkan tirainya dengan persembahan istimewa daripada barisan pemimpin muda SMK Nenasi kepada para fasilitator mereka dan seterusnya persembahan istimewa daripada para fasilitator buat semua para peserta SMK Nenasi dan majlis disudahi dengan sesi fotografi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved