ads

Rabu, 30 April 2014

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


Banjir Kilat <b>Di Raub</b>, 56 Dipindahkan – Perak Today

Posted: 24 Apr 2014 11:00 PM PDT

PG03_020712_BANJIR_RUMAH

KUANTAN: Sebanyak 56 orang daripada 18 keluarga di daerah Raub dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka mula dinaiki air pagi Khamis.

Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan bacaan paras air di Sungai Batu Malim meningkat kepada 116.40 meter dan melepasi amaran tahap ketiga.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata mangsa mula dipindahkan pada 9.30 pagi.

"Sehingga jam 8 malam tadi, seramai 35 mangsa daripada 13 keluarga dari Kampung Kuala Semantan dipindahkan ke Masjid Jamek, empat mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Ria, Cheroh dipindahkan ke Balai Raya Kampung Ria.

"Sementara itu, 17 lagi mangsa banjir daripada tiga keluarga dari Kampung Tersang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Tersang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata, sehingga jam 9.10 malam ini bacaan air di Sungai Batu Malim surut kepada 113.90 meter.

- Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved