ads

Ahad, 20 April 2014

06 di sungai lembing - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di sungai lembing - Google Blog Search


Terkini: Amaran Banjir <b>Di Sungai Lembing</b>, Kuantan | REALITI INSAN

Posted: 10 Jan 2014 01:33 AM PST



Hujan lebat sekitar Kuantan semenjak malam semalam. Siren amaran telah dibunyikan di Bandar Sungai Lembing dan penduduk dalam keadaan berjaga-jaga. Air sungai besar sekarang.

Jurutera Jabatan Perparitan dan Saliran Kuantan, Sumiliana Sulong berkata, amaran pertama berlaku pada 3 petang tadi selepas paras air di Sungai Lembing mencecah 19.75 meter iaitu menghampiri paras berjaga-jaga (20 meter).
"Siren amaran itu akan dibunyikan lagi sekiranya paras air di Sungai Lembing mencapai paras berbahaya iaitu setinggi 22 meter," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh 12 jam, paras air di Sungai Lembing berkemungkinan akan mencecah paras bahaya dan limpahannya
akan sampai ke bandar Kuantan.
Sehingga 4 petang tadi, katanya Kilometer 36 Jalan Kuantan-Gambang ditutup kepada kenderaaan ringan ekoran dinaiki air setinggi 0.6 meter.
Menurut Sumiliana, Sungai Isap, Chendering, Paya Besar, Lubuk Puyu di sini antara kawasan yang menunjukkan limpahan air longkang manakala kawasan berpaya di Panching juga telah melimpahkan air.
"Kita meminta penduduk kawasan rendah di Kuantan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya hujan lebat sejak semalam berterusan.
"Penduduk di kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini diminta berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah," katanya.
Banjir buruk yang berlaku di Pahang awal Disember lepas mengakibatkan lebih 40,000 mangsa banjir dari sembilan daerah dipindahkan, selain meragut tiga nyawa. - Bernama





0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved