ads

Ahad, 13 April 2014

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


isu ikan kelah, patin buah, udang galah sungai pahang <b>di temerloh</b> <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 09:08 PM PST

'MEREKA SUDAH SETUJU"

"Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh. "Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan," kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.

Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.

Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.

HARIS menunjukkan ikan kelah merah yang berharga RM200.

Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000. "Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut. Sumber : Metro

Entri Berkaitan :  JANGAN SEMBARANGAN MENJAMU SELERA IKAN SUNGAI PAHANG !

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved