ads

Ahad, 20 April 2014

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


MORETOLIFE: Hujung minggu <b>di Temerloh</b>

Posted: 14 Apr 2014 08:00 AM PDT

Hujung minggu lepas kami satu keluarga pergi menyertai rombongan cik kiah aka menghantar pengantin iaitu sepupu En Husband ke Temerloh, Pahang. Kenduri hari ahad tapi kami bertolak hari sabtu petang selepas pergi kenduri kawan En Husband. hujung minggu yang sangat full tapi menyeronokkan... 
Bertolak dari rumah mak saya pukul 3 petang dan selamat sampai Temerloh pukul 5.30 petang. Maklong dan paklong En husband sponsor penginapan kami di Hotel Seri Malaysia, Temerloh. Sampai-sampai Damia dah nampak kolam terus nak masuk kolam...tak sabar betul diva kecik tu. So kami pergi tukar uniform dia dulu dan baru masuk kolam...
Tengok diva kecik ni seronok sangat berendam
Malam tu lepas maghrib kami pergi makan malam dan kemudiannya kami semua bergerak menjenguk nenek En husband yang berada di rumah salah seorang saudara mereka di sana. pukul 12 malam baru kami sampai ke hotel balik dan terus tidur.
Keesokan harinya lepas breakfast dekat hotel, kami pun bersiap untuk bergerak ke masjid untuk upacara akad nikah. 
Alhamdulillah dah selesai dah, selepas makan jamuan ringan yang disediakan kitorang bergerak ke homestay berdekatan sementara menunggu majlis persandingan pulak. Dalam pukul 1 rombongan kami bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk majlis bersanding . so kita layan gambar jela yer, macam blur plak nak bercerita malam ni, terasa skema jek ayat....huhu
sebahagian dari kami yang masih belum balik...
yang lain dah balik dah masa ni..
Habis majlis kami pun terus bergerak pulang ke Bangi dan selamat sampai di rumah pukul 6 petang. Alhamdulillah dah selamat lagi seorang saudara En husband. this week kenduri belah lelaki pulak di Puri Pujanggan UKM. so tunggu update yer. Bubye

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved