ads

Sabtu, 26 April 2014

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


My Rainbow...: Makan <b>di Temerloh</b> : Patin Tempoyak Go&#39; Bang Maju

Posted: 02 Apr 2014 06:30 PM PDT

Assalamualaikum.....

Ada satu ketika tu, kita dengan hubby nak cuba balik Kuantan ikut laluan yang kami tak pernah cuba. Iaitu, dari Melaka/P.Dickson, ikut laluan Temerloh. Nak cuba tengok mileage dan bajet masa. Maka, dari Bahau, kami masuk ke area Felda Bera dan sebagainya sehinggalah tiba di Temerloh.

Kebetulan, waktu tiba di Temerloh dah masuk maghrib. Selepas maghrib, perut dah lapar kan.... Kami tak berapa mahir sangat dengan Temerloh sebab belum pernah ronda habis. Selalunya sekadar persinggahan dalam laluan jer.

Dalam pada tercari2 tu, kami nampak kedai ni. Lokasinya di sebelah stesyen Esso di bawah jambatan laluan utama. Ada persimpangan traffic light yang agak besar di situ. Nak lokasi lebih tepat, anda boleh google yer, sebab ada ramai blogger lain pun pernah buat entry kedai ni juga.

Dari jauh dah boleh nampak dia punya banner macam ni. Guna kamera handphone di malam hari dari dalam kereta yangs edang bergerak, memang hasil ala lebih kurang jer lah.....


Dalam kedainya, ada banyak kerusi meja. Kedainya memang luas dan besar. Konsep terbuka. Nampak tak di kaunter tu tulis apa? Kita salin semula di sini :

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

ANDA ORDER BARU KAMI MASAK

PEDAS DAN PANAS

Ha, menarik kan? Kami tak terfikirlah pula nak makan patin tempoyak di malam2 hari, tapi dah nampak signboard ni, kenalah kami cuba kan....


Kami order sorang semangkuk. Hubby tak berapa lapar sangat, so dia minta seketul patin bahagian badan. Patin ni, ada 3 bahagian yang kita boleh minta. Bahagian kepala, badan atau ekor. Hubby nak ratah sahaja isi ikan ni. Dia takut tak sedap sebab dia dah set patin tempoyak yang sedap hanyalah di Akob Patin House, Kuantan saja.
Kita pula, tak kisah. Belasah jer. And yes, kita tengah lapar. So, order set ikan patin. Maknanya, ada nasi dan ulam timun. Kita macam biasalah, minta kepala sebab nak sedut2.

Memang dihidangkan kepada kami panas2 berasap. Pedas berasap. Pedas yang sedap untuk orang yang suka pedas. Kalau tak makan pedas, makan isi ikan jer lah yer. Pun sedap tau....

Kuahnya tak pekat sangat. Maka tempoyaknya pun light sajalah. Tapi, believe me...rasa pedas, masam, manis, lemak dia semuanya outstanding! Ha, ini baru kata outstanding. macam mana yer. Perasan tak selalu dalam food review, kita selalu kata rasa yang seimbang tapi hasilnya best. Tapi yang ini, dalam semangkuk hidangan tu anda boleh rasa perbezaan yang ketara untuk setiap elemen rasa yang unik. Boleh rasa pedasnya yang sedap, boleh rasa masamnya yang complement tastebud kita, boleh rasa lemak hidangan yang tak memuakkan. Dan surprisingly, ikan patin itu sendiri menyerap semua rasa tu dalam isi ikan ni. Kedai nie guna ikan patin sangkar yang biasa. Bukan patin liar, bukan patin buah. Tapi kualiti patin sangkar yang biasa ini pun dah lebih daripada cukup untuk anda menikmati patin tempoyak yang sangat memuaskan hati.

Dapur memasaknya open space. Pelanggan boleh intai tokeynya memasak. Ini antara tokey2nya yer. Tokey yang utama tak ada, ini adik tokey. Kedainya dah bertapak lamaaaaa dah rupanya. Pengasasnya adalah ibu bapa tokey ni, dan diwarisi oleh anak2nya pula. Tanya lah apa pun, dia jawab dengan ramah mesra. Dan paling best, jawapannya jujur. Bukan patin buah, dia terus terang cakap ini patin sangkar biasa. Kita suka. Cara dia memasak secara terbuka pun dah menunjukkan yang mereka berniaga dengan jujur kan....
Tak hairanlah kedainya bertahan teguh walaupun dah berpuluh tahun berniaga.

Harga??

Jangan risauuuu. Kalau kita semua gerun dengan harga patin yang ratus2 seekor seperti yang diberitakan di media, kat sini jangan risauuuu. Sepotong patin tu harganya hanyalah RM10.00. Kalau ambil set dengan nasi tu, satu set baru RM12.00 sahaja. Jauhhhh nak cecah ratus2 melainkan anda order berpuluh2 mangkuklah kan...

Oh, untuk orang Temerloh sendiri, mereka suka datang sini untuk char kuay tiaw yang sedap. Patin tu mereka masak sendiri di rumah, tapi CKT kat sini katanya memang sedap. Kami belum berkesempatan nak rasa lagi. Lain kali maybe...insha Allah...

Ada yang suka patin tempoyak tak...?

.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved