ads

Jumaat, 9 Mei 2014

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Air Terjun Best <b>Di Bentong</b>, Pahang | Diary of Muhammad

Posted: 05 May 2014 08:04 PM PDT

Kongsikan

Kalau musafir ke Lembah Klang dari Pantai Timur, saya suka singgah ke Bentong, Pahang.

Bukan pekannya yang menjadi tarikan.

Tapi suka Air Terjun Chamang.

Biasa kami menginap kat Hotel Tras Mutiara. Hotel ni bajet, boleh dapatkan bilik bawah RM 100 untuk satu malam sekeluarga.

Biasa kami suka breakfast kat kedai tepi jalan yang bukan across Hotel, tapi depan sikit je.

image

Cantik pemandangan kabus depan kedai. Masa ni pukul 7 kalau tak salah. Early breakfast di hari cuti

Saya suka mihun dan sambal nya. Manis. Kadang saja bermalam situ sebab nak breakfast kat kedai tu. Hehe.

Air Terjun ni pulak dalam 15-20 minit drive dari jalan utama.

Nyaman, kalau orang KL rasa Sungai Congkak tu best,  try pi sini. Lagi sejuk dan nyaman.

Jangan risau sesat, ada signboard

Jom layan gambar ^_^

image

Dari jalan utama, drive dalam 10-15 minit, kemudian jumpa sign board ni

image

Air terjun yang belah sana, sangat besar, tapi tak jumpa gambar :P

image

Subhanallah memang nyaman sangat air sungai ni

image

Kalau berendam memang sedap. Tapi sebab ada baby. Haha. Leceh sikit nak handle baby masuk sungai

image

Jambatan gantung

image

Jom jomm

image

Air terjun kecik lepas hujan. Subhanallah memang cantik in real view

Pendek kata, kalau nak relax, bagus datang. Kalau tak nak orang ramai, sila lah datang pada weekdays. Hihi.

Boleh berendam puas-puas.

Ada banyak lagi lokasi local yang kami teringin nak pergi:

#1: Grand Lexis Port Dickson sebab teringin nak merasa private pool. Haha

#2: Tanah Aina. Dekat je dengan Bentong ni, tapi pricey. Insya-Allah tahun ni boleh pergi lepas naik Masters Shaklee. Hihi

#3: Pulau Kapas sebab nampak gambar macam cantik

#4: Pulau Tioman sebab macam best je snorkeling. Bab baby, nanti kita fikir :P

Jom cuti-cuti detox minda, rehatkan minda ;)

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Kongsikan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved