06 di chini - Google Blog Search |
BLOG PAHANG: 06 <b>di chini</b> - Google Blog Search Posted: 18 May 2014 01:47 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pelancaran Rumah PGBF dan Sentuhan Kasih <b>di</b> Laka Selatan <b>...</b> Posted: 28 May 2014 03:14 AM PDT Bukti Kerajaan Prihatin – Mukhriz JITRA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) baru-baru ini melancarkan acara pecah tanah bagi 300 unit Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) dan model baharu projek Sentuhan Kasih di FELDA Laka Selatan, dekat sini. Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri B esar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir. Turut hadir Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Timbalan Pengarah Besar Komuniti FELDA, Ab Ghani Mohd Ali. Dalam ucapannya Mukhriz berkata, walaupun berlaku peningkatan kos sara hidup berikutan langkah merasionalisasi subsidi, namun kerajaan sentiasa melakukan apa sahaja yang mungkin untuk meringankan beban rakyat. "Kerajaan Barisan Nasional komited untuk meringankan beban rakyat melalui pelbagai program yang diadakannya dan member bantuan kepada mereka yang memerlukan. "Dengan pengurangan subsidi, kerajaan akan dapat member lebih tumpuan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang layak mendapatnya seperti pemberian tunai BR1M dan membina rumah-rumah mampu bilik sebagaimana dilaksanakan oleh FELDA untuk generasi baharunya hari ini," kata beliau. Mukhriz juga berkata PGBF dan program Sentuhan Kasih membuktikan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. Sementara itu 1SUARA difahamkan 300 unit rumah yang dilancarkan itu khusus untuk generasi baharu dan berkonsepkan rumah teres satu tingkat. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan itu memiliki rumah mampu milik di tanah rancangan masing-masing. Bagi projek Sentuhan Kasih pula, sebanyak 100 unit akan dibina bersama kawasan pertanian bersepadu melibatkan kawasan seluas 50 ekar. Kedua-dua projek perumahan ini akan menggunakan sistem Industrialized Building System (IBS). Selain di FELDA Laka Selatan, projek PGBF akan turut dilaksanakan di FELDA Sungai Tiang (80 unit), FELDA Bukit Tembaga (29 unit), FELDA Teloi Timur (36 unit) dan FELDA Lubok Merbau (132 unit). Pelaksanaan PGBF adalah berdasarkan lokasi, kesesuaian tanah dan juga permintaan di kalangan generasi baharu di sesebuah tanah rancangan. Bagi projek Sentuhan Kasih pula, FELDA telah meluluskan pembangunannya di kesemua 11 wilayahnya. Projek perintisnya di FELDA Tenggaroh 3 sudah siap sepenuhnya dan kini telah mempunyai peserta, sementara projek yang sama di FELDA Chini Timur 2, Wilayah Kuantan, FELDA Tenang, Wilayah Terengganu dan FELDA Laka Selatan, Wilayah Alor Setar masih dalam pembinaan. Selain memenuhi keperluan perumahan bagi generasi baharu FELDA, kedua-dua projek ini dilihat secara tidak langsung mengelakkan penghijrahan generasi baharu keluar dari tanah rancangan dan turut memberi peluang pekerjaan kepada mereka. |
You are subscribed to email updates from di chini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen