ads

Rabu, 14 Mei 2014

06 di gebeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


MPK Akan Tubuh Sebuah Pusat Perkhidmatan <b>Di Gebeng</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 05:12 AM PST


KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bakal menubuhkan sebuah Pusat Pengurusan di Gebeng dekat sini sebagai usaha ke arah mewujudkan khidmat perbandaran yang lebih cemerlang dan efektif di kawasan perindustrian itu.

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, pusat pengurusan itu dijangka akan mula beroperasi April depan.

Menurutnya, penubuhan sebuah pusat pengurusan untuk kawasan Gebeng penting memandangkan ianya sebuah kawasan perindustrian selain adanya Pelabuhan Kuantan dan Taman Industri Malaysia-China di Kuantan (MCKIP).

"Perkhidmatan MPK di kawasan itu perlu diberi penambahbaikan dan antara usaha terbaik termasuklah membuka Pusat Pengurusan Gebeng ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat MPK di sini, semalam.

Zulkifli berkata, Pusat Pengurusan Gebeng itu akan diketuai seorang pegawai kanan MPK yang dilantik selain menempatkan  pegawai teknikal dan penguat kuasa bagi memudahkan segara urusan di kawasan tersebut.

"Pegawai yang bertugas di Pusat Pengurusan Gebeng itu perlu turun padang berjumpa  pihak industri  bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di situ.

"MPK berdepan banyak isu di Gebeng jadi penekanan amat perlu di kawasan itu memandangkan ianya juga penyumbang terbesar kepada majlis," katanya.

Beliau berkata, MPK sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan demi memastikan permasalahan yang timbul terutama di kawasan perindustrian dapat diatasi dengan sebaik mungkin. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved