ads

Jumaat, 9 Mei 2014

06 di janda baik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di janda baik - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di janda baik</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2014 11:53 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pesawat Bakal Mendarat <b>Di Janda Baik</b> Sabtu Ini | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2013 09:11 PM PST

Kini Trending

Pesawat Bakal Mendarat Di Janda Baik Sabtu Ini

Pesawat mana yang berani mendarat di kawasan semulajadi Janda Baik kalau bukan kumpulan indie rock yang dianggotai oleh empat orang anak muda tempatan ini?

Bagi yang tertanya-tanya, Pesawat dan beberapa orang lagi penghibur tanah air seperti Najwa Latif, Bunkface, Altimet, Awi Rafael, Azlan & The Typewriter, Nitrus, Waris dan ramai lagi akan membuat persembahan di Padang Awam Janda Baik, Bentong, Pahang bersempena dengan Eco Fest 2013.

Untuk pengetahuan anda, Eco Fest 2013 adalah sebuah festival anjuran Stesen SENI dengan kerjasama ULTRA 101.3FM dan Riwayat Records yang diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat terutamanya remaja tentang cara hidup sihat di samping memulihara alam sekeliling.

Pesawat Bakal Mendarat Di Janda Baik Sabtu Ini

Najwa Latif akan turut membuat persembahan di Eco Fest 2013

Janda Baik yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi telah terpilih untuk menjadi lokasi festival kali ini seiring dengan matlamat untuk menjadikannya sebagai destinasi pelancongan eko di Malaysia.

Selain daripada persembahan nyanyian, Eco Fest yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 28 Disember 2013 turut dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti bola sepak sembilan sebelah yang menampilkan pasukan dari Kakitangan Frenz United FC, Janda Baik FC, Utusan dan RTM.

Orang ramai dijemput hadir ke festival berkenaan bermula jam 1 petang hinggalah 1 pagi. Bagi memudahkan anda untuk ke tapak festival, perkhidmatan van shuttle turut disediakan dari Mc'Donald Genting Sempah setiap sejam sekali.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai festival ini, sila hubungi Helmi di talian 016 606 0585 atau hantarkan email kepada stesenseni@gmail.com untuk maklumat lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved