ads

Isnin, 5 Mei 2014

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


<b>Jengka</b>: Tiga Beranak <b>Di</b> Ancam Oleh Penyamun Bertopeng <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2014 09:01 PM PDT

JENGKA - Seorang peneroka bertindak nekad untuk meloloskan diri ke luar rumah bagi meminta bantuan jiran selepas menyedari nyawa dia tiga beranak terancam dalam satu kejadian samun bersenjata di Felda Jengka 21, kira-kira jam 3.15 pagi, kelmarin.

Mangsa bertindak demikian apabila menyedari penyamun yang memasuki rumahnya itu mula bersikap agresif dan tidak berpuas hati walaupun sudah mendapat wang tunai berjumlah RM3,000 dan beberapa barang kemas.

Harun Abdul Rahman, 59, yang juga seorang peniaga kedai runcit berkata, dia yang sedang tidur bersama isteri, Siti Laila Ahmad, 58, dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki bertopeng muka dan bersenjatakan parang panjang di dalam bilik mereka.

Menurutnya, seorang anak lelaki berusia 23 tahun yang telah diikat tangan turut dibawa ke dalam bilik itu sebelum ketiga lelaki terbabit mendesak menyerahkan wang tunai dan barang kemas.

"Mereka masuk ke dalam rumah dengan memotong besi tingkap nako di bahagian dapur dan pergi ke bilik anak terlebih dahulu.

"Mereka minta saya memanggil kami dari luar bilik dan kerana kami tidak sedar, seorang daripada lelaki itu memecahkan pintu bilik menggunakan tong gas.

"Kami dikumpulkan dalam satu bilik dan tangan saya diikat dengan kain langsir sementara anak dan isteri menggunakan wayar seterika dan tali buaian," katanya.

Harun berkata, dia sudah menyerahkan wang tunai dan barangan kemas berjumlah hampir RM8,000 namun ketiga lelaki itu masih tidak berpuas hati dan mendesak secara kasar dengan memukul.

Menurutnya, ketika salah seorang lelaki itu mengikut isteri mendapatkan kad tambah nilai di kedai runcit di bahagian depan rumah, dia berjaya membuka ikatan kain di tangan.

"Saya mengambil masa lebih kurang lima minit untuk berfikir cara untuk meloloskan diri dan ketika lelaki di dalam bilik tengah alpa menggeledah, saya segera berlari keluar ikut pintu dapur.

"Lelaki itu sedar dan mengejar hingga ke luar sambil menghayun parang, namun menghilangkan diri sebaik saya menjerit meminta pertolongan jiran.

"Dua lelaki lain di dalam rumah turut melarikan diri namun gagal dikesan jiran yang keluar mendengar jeritan saya," katanya. #sumber

ADUN <b>Jengka</b>: Sebuah Lagi Mercu Tanda <b>Di</b> Bina <b>Di</b> <b>...</b> - PahangDaily

Posted: 21 Apr 2014 09:59 PM PDT

JENGKA - Selepas 10 tahun tertangguh akibat penduduk enggan berpindah, akhirnya sebuah lagi mercu tanda yang bakal menjadi pintu masuk ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka akan dibina di kawasan Matau bermula Jun ini.

Pusat Perdagangan Berkembar Bandar Tun Abdul Razak Jengka bernilai RM70 juta itu nanti mempunyai 250 kedai dua tingkat dan 40 kedai setingkat.

Adun Jengka,  Dato' Wan Salman Wan Ismail (foto) berkata, pembinaan pusat perdagangan itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat bumiputera, Astana Timur melalui pemaju projek, Mentiga Corporation Berhad (MCB).

Menurutnya, berkonsepkan bandar dalam taman, projek itu yang sepatutnya telah bermula tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan keengganan penduduk di situ berpindah ke kawasan baharu.

"Kerajaan negeri dan Majlis Daerah Maran menyediakan kawasan perumahan dikenali Jengka Impian dan 21 ruang niaga di Jengka Street untuk penduduk asal Matau.

"Penduduk terbabit telah diberi notis untuk berpindah beberapa kali dan kini kebanyakan daripada mereka telah mengosongkan premis dan kontraktor sedang membersihkan kawasan berkenaan," katanya.

Wan Salman berkata, projek tersebut akan turut terkena tempias terhadap kawasan Sungai Cenderai di pinggir kawasan projek terbabit untuk dijadikan satu destinasi rekreasi utama di Bandar Tun Razak Jengka.

Menurutnya, apabila siap kelak, pusat perdagangan berkembar itu akan menjadi pintu masuk ke bandar itu sekali gus membawa kebanggaan kepada penduduk, khususnya warga peneroka Felda.

"Pusat perdagangan tersebut boleh dijadikan mini Bandar Tun Abdul Razak Jengka kerana terletak di laluan strategik antara Pekan Awah-Jerantut," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved