ads

Ahad, 11 Mei 2014

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


UtaraNews - The News Portal: KEMALANGAN MAUT <b>DI KUALA LIPIS</b>

Posted: 09 May 2014 03:00 AM PDT

KUANTAN, 9 Mei (Bernama) -- Dua lelaki terbunuh selepas van yang mereka dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, dekat Kuala Lipis, semalam. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, mangsa yang maut adalah pemandu van, Goh Yeng Liang, 22, dari Mengkarak, daerah Bera, Pahang dan penumpangnya Chin Kuek Min, 33, dari Kulai, Johor. 

"Dalam kejadian pukul 4.10 petang itu, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis malam. Menurut beliau, siasatan awal mendapati pacuan empat roda yang datang dari arah Merapoh menghala ke Lipis itu telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan van mangsa. 

Bagaimanapun, katanya pemandu pacuan empat roda tersebut hanya mengalami kecederaan ringan. Katanya kedua-dua mangsa terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kelantan. Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- BERNAMA

share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved