ads

Jumaat, 23 Mei 2014

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


dua maut dalam kemalangan ngeri <b>di</b> jalan gua musang-<b>kuala lipis</b>

Posted: 19 May 2014 09:38 PM PDT

Gua Musang: Rasa tidak sedap hati seorang lelaki mengenai adiknya yang mahu pulang ke kampung lebih awal selepas mereka konvoi bersama-sama ke Putrajaya Jumaat lalu, terjawab apabila adik kesayangannya itu maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 20 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Muhammad Aizuddin Mohd Noor, 20, memandu kereta Nissan Grand Livina bersama rakannya, penuntut Kolej Poly-Tech MARA, Kota Bharu, Hasnanie Hassan, 20, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera di kepala dan badan. 
Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Aizuddin yang juga seorang peniaga dari Kampung Kubang Badak, Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas, cuba memotong sebuah kenderaan lain ketika melalui jalan berkenaan, namun gagal dan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. 
Bagaimanapun, pemandu lori dan kelindannya tidak cedera.
Abang Muhammad Aizuddin, Muhammad Azhani, 29, berkata, sebelum kejadian arwah memberitahunya mahu segera pulang disebabkan Hasnanie yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, di sini, menduduki peperiksaan di kolejnya pada jam 8 pagi, semalam.

Dua Maut Kemalangan Van <b>di Kuala Lipis</b> | Suara Anak Muda FELDA

Posted: 09 May 2014 02:00 AM PDT

Dua Maut Kemalangan Van di Kuala Lipis

KUANTAN: Dua lelaki terbunuh selepas van yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, dekat Kuala Lipis, Khamis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa yang maut adalah pemandu van, Goh Yeng Liang, 22, dari Mengkarak, daerah Bera, Pahang dan penumpangnya Chin Kuek Min, 33, dari Kulai, Johor.

"Dalam kejadian pukul 4.10 petang itu, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pacuan empat roda yang datang dari arah Merapoh menghala ke Lipis itu telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan van mangsa.

Bagaimanapun, katanya pemandu pacuan empat roda tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya kedua-dua mangsa terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – mStar Online

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada May 9, 2014 - 5:00 pm oleh Nor Azlina Shaari

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved