ads

Rabu, 7 Mei 2014

06 di pekan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Bas Masuk Gaung Seorang Maut <b>Di Pekan</b> - UtaraNews

Posted: 20 Apr 2014 08:33 AM PDT

PEKAN: Seorang lelaki warga asing maut manakala 39 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran dua tingkat yang mereka menaiki terbabas dan terjunam ke dalam sebuah gaung sedalam 10 meter di kilometer 70 Jalan Kuantan - Segamat di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superitendan Yahaya Othman berkata, kejadian pada pukul 4.30 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang membawa pelancong dalam perjalanan dari Kuala Terengganu, Terengganu menuju ke Singapura.

"Punca kejadian dipercayai bas terbabas ke kiri bahu jalan dan bergolek. Kedalaman jarak antara tempat kejadian dengan jalan lebih kurang 10 meter. Siasatan sedang dijalankan dan sehingga kini maklumat kita terima ataupun hasil siasatan kami seorang daripada penumpang meninggal dunia," katanya.

Mayat lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan 30-an di bawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat manakala semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dekat sini, Hospital Muadzam, Hospital Chini dan Hospital Pekan.

Tambahnya, kedua-dua pemandu bas yang cedera ringan dibawa ke HTAA untuk rawatan selanjutnya.

Menurut Yahaya lagi, pelancong berkenaan dipercayai dari Pulau Redang, Terengganu dan menaiki bas berkenaan di Kuala Terengganu.

Sebanyak tiga buah jentera bomba dan 10 ambulans bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.astroawani

share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved