ads

Jumaat, 23 Mei 2014

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas <b>Di</b> Lata Jarum, <b>Raub</b> | MYNEWSHUB

Posted: 18 May 2014 04:30 AM PDT

KUANTAN – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya di Air Terjun Lata Jarum dekat Ulu Dong, Raub hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, Muhammad Fikri Fadzli, 18, berasal dari Taman Teratai, Kampung Marhum, Pekan dikhuatiri lemas ketika mandi di tapak rekreasi itu pada 1.15 tengah hari tadi.

"Polis menerima maklumat berkenaan pada 2.30 petang tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian selain turut memaklumkan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Raub.

"Menurut rakan mangsa, dia dipercayai mandi di kawasan tengah air terjun di situ seorang diri sebelum rakannya mendapati mangsa hilang secara tiba-tiba," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 30 anggota termasuk polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam sedang dijalankan. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved