ads

Selasa, 27 Mei 2014

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Lelaki Maut Dalam Kejadian Langgar Lari <b>Di Rompin</b> | MYNEWSHUB

Posted: 23 May 2014 09:00 PM PDT

KUANTAN – Seorang lelaki ditemui mati, dipercayai mangsa langgar lari, dalam kejadian di Km 129 Jalan Kuantan-Seremban dekat Keratong, Rompin, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai berketurunan India, berusia lingkungan 30-an, ditemui oleh orang awam pada 10.20 malam.

"Mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan berat dari arah belakang dan pemandu tersebut berkemungkinan tidak nampak mangsa kerana kawasan di situ gelap tanpa lampu jalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Johari berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Muazam Shah untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengenali mangsa agar menghubungi balai polis berdekatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved