ads

Khamis, 1 Mei 2014

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Kanak-kanak maut kemalangan <b>di Temerloh</b> ABN News | BM

Posted: 15 Apr 2014 03:13 AM PDT

KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbabas sebelum
terbalik di Kilometer 3 Jalan Karak-Mentakab, dekat Temerloh semalam.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supritenda Mohamed Fauzi Abdul Rahim, S. Karshan mati ketika menerima rawatan akibat parah di kepala dan badan.

Katanya, kejadian jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku semasa bapanya yang berusia 30-an secara tiba-tiba hilang kawalan ke atas kereta Proton Wira yang dipandunya itu.

"Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar batu penghadang jalan sehingga menyebabkannya terbalik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Mentakab dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Katanya ibu dan bapa mangsa bagaimanapun tidak cedera di dalam nahas itu. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved